Bursa ditutup rendah hari kedua berturut-turut

July 18, 2023 · Isu semasa

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran prestasi negatif di rantau ini, kata peniaga.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 3.07 mata atau 0.21 peratus kepada 1,403.03 daripada 1,406.10 pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Indeks utama dibuka tinggi 1.44 mata kepada 1,407.54 dan bergerak antara 1,399.47 dan 1,407.90 sepanjang hari.

Suasana pasaran kekal negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 475 berbanding 420 manakala 405 kaunter tidak berubah, 986 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.4 bilion unit bernilai RM2.00 bilion daripada 3.6 bilion unit bernilai RM2.18 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama diniagakan rendah di peringkat serantau berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang lembap di China mempengaruhi kebanyakan pasaran Asia.

“Bagi bursa tempatan, kami menjangka wujud belian saham pada harga rendah berdasarkan penilaian menarik untuk indeks petunjuk pasaran dan saham tempatan lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ekonomi tempatan yang bertambah baik turut memainkan peranan utama dalam prestasi pasaran saham, yang mendapat sokongan kukuh daripada dana institusi tempatan dan kembalinya dana asing kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, pelabur akan terus berhati-hati berikutan risiko pasaran yang meningkat dan turun naik di peringkat global,” katanya.

Thong menjangka FBM KLCI akan diniagakan tinggi dalam julat 1,400-1,420 pada sepanjang minggu ini, dengan paras halangan segera pada 1,415 dan paras sokongan pada 1,380.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot tiga sen kepada RM8.82, RM3.96 dan RM9.10, CIMB berkurangan tujuh sen kepada RM5.22 manakala IHH Healthcare naik empat sen kepada RM5.84.

Daripada saham aktif, UEM Sunrise, Classita dan Advance Synergy, masing-masing menambah setengah sen kepada 39 sen, 23 sen dan 17 sen, Malaysian Resources naik satu sen kepada 35 sen dan Widad tidak berubah pada 42 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 16.81 mata kepada 10,398.24 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 16.56 mata kepada 10,078.64.

Indeks FBM Emas Shariah jatuh 7.55 mata kepada 10,694.01, Indeks FBM 70 naik 0.31 mata kepada 13,899.02 dan Indeks FBM ACE meningkat 30.92 mata kepada 5,365.56.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 83.84 mata kepada 15,669.76, Indeks Tenaga berkurangan 4.93 mata kepada 807.56 manakala Indeks Perladangan meningkat 42.82 mata kepada 6,921.64 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.53 mata kepada 162.09.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.42 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM1.82 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 350.21 juta unit bernilai RM52.13 juta daripada 122.25 juta unit bernilai RM13.82 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 629.53 juta saham bernilai RM220.07 juta daripada 952.32 juta saham bernilai RM342.03 juta semalam.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 625.06 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (483.43 juta); pembinaan (159.70 juta); teknologi (249.87 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (95.48 juta); hartanah (507.61 juta); perladangan (44.85 juta); REIT (5.79 juta), dana tertutup (63,000); tenaga (99.72 juta); penjagaan kesihatan (68.30 juta); telekomunikasi dan media (30.81 juta); pengangkutan dan logistik (21.16 juta) dan utiliti (30.29 juta).

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Bencana kepala air: Jalan pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
42 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok