
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini (26 September 2022).
Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan pagi ini rendah seiring dengan prestasi lemah semalaman di Wall Street di tengah-tengah kegiatan jualan besar-besaran selepas hasil 10 tahun Amerika Syarikat melonjak melepasi paras 3.0 peratus, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.94 mata kepada 1,575.04 daripada penutupan Khamis pada 1,582.98, menurut laporan wartawan Bernama.
Indeks utama itu dibuka 8.83 mata lebih rendah pada 1,574.15.
Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 435 berbalas 55 manakala 156 kaunter tidak berubah, 1,592 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 180.54 juta bernilai RM103.91 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kerugian lebih 1,000 mata manakala Nasdaq jatuh hampir 650 mata.
“Memandangkan kemerosotan dramatik di Wall Street, kami percaya pasaran serantau akan menyaksikan hari dagangan yang tidak menentu hari ini,” katanya kepada Bernama.
Di pasaran tempatan, beliau menjangkakan indeks FBM KLCI berada dalam aliran rendah antara 1,570 dan 1,585 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Maybank kekal pada RM8.99, kedua-dua Public Bank dan CIMB susut satu sen kepada RM4.62 dan RM5.10, Petronas Chemicals lemah 12 sen kepada RM10.18 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.58.
Bagi saham aktif, PUC Bhd pulih setengah sen kepada 6.5 sen, Muhibbah Engineering menokok empat sen kepada 56.5 sen manakala Bintai Kinden, PDZ Holdings dan Saudee Group masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen, 4.5 sen dan 5.5 sen.
Di papan indeks, FBM ACE menguncup 49.06 mata menjadi 5,525.50, FBM 70 merosot 125.14 mata kepada 13,498.41,Indeks FBM Emas turun 69.86 mata kepada 11,279.90, Indeks FBMT 100 susut 65.87 mata menjadi 10,933.64 sementara Indeks FBM Emas Syariah lemah 83.23 mata kepada 11,816.77.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 60.51 mata kepada 16,650.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.53 mata kepada 207.26 dan Indeks Perladangan merosot 106.11 mata kepada 8,657.83.