Bursa dibuka rendah mengikut rentak pretasi lemah Wall Street

June 13, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia meneruskan trend menurun yang dicatatkan minggu lepas dan dibuka rendah pada pagi urus niaga Isnin, menjejaki prestasi lemah di Wall Street selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan data inflasi yang lebih tinggi, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.78 mata kepada 1,479.17 daripada 1,493.95 penutupan urus niaga Jumaat, lapor Bernama.

Indeks utama penanda aras memulakan urus niaga pagi ini pada 1,483.76, turun sebanyak 10.19 mata lebih rendah kepada 1,483.76.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 496 berbalas 55, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,519 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 251.27 juta unit bernilai RM128.14 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street jatuh mendadak berikutan lonjakan inflasi bulan Mei ke paras tertinggi 40 tahun pada 8.6 peratus dan ini telah mencetuskan kebimbangan akan berlakunya kenaikan kadar yang lebih sengit oleh Rizab Persekutuan.

Di pasaran dalam negara, beliau berkata FBM KLCI meneruskan aliran menurun semasa pembukaan di tengah-tengah prestasi lemah serantau.

“Walaupun lantunan dijangkakan, kami berpendapat pasaran masih dalam sentimen yang tidak menentu dan untuk itu, indeks dijangka berlegar dalam julat 1,480-1,500 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank lega 12 sen kepada RM8.63, Public Bank kerugian tujuh sen menjadi RM4.46, Petronas Chemicals turun enam sen kepada RM9.64 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.45.

Di pasaran aktif, Sapura Energy menambah setengah sen kepada lima sen, MLABS susut setengah sen kepada tiga sen, Dagang NeXchange lebih rendah sebanyak dua sen kepada 97.5 sen manakala G3 dan Ta Win, masing-masing kekal pada 4.5 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 116.41 mata menjadi 10,617.24, Indeks FBM Emas Syariah turun 104.07 mata menjadi 10.893.17, FBM 70 merosot 164.45 mata kepada 12,949.13, FBM ACE berkurangan 83.70 mata kepada 5,050.66 dan Indeks FBMT 100 lebih rendah sebanyak 109.71 mata kepada 10,319.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 185.36 mata kepada 16,234.77, Indeks Perladangan susut 50.78 mata menjadi 7,545.87 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.98 mata lebih rendah pada 191.35.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok