Bursa dibuka rendah, jejaki penurunan Wall Street

May 9, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada awal dagangan Isnin, menjejaki penurunan di Wall Street pada akhir minggu, selain pasaran serantau yang lebih lemah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 3.91 mata kepada 1,560.43 daripada 1,564.34 sewaktu ditutup pada Jumaat, lapor Bernama.

Indeks itu dibuka rendah 0.54 mata kepada 1,563.80.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 341 berbanding 126, manakala 261 kaunter tidak berubah, 1,517 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 437.16 juta bernilai RM160.19 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat berikutan sentimen kekal gelisah, dan peniaga tidak berjaya mendapat kedudukan kukuh berikutan aktiviti pembelian yang berkurangan.

Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI dijangka menyaksikan terdapat beberapa aktiviti belian saham berharga rendah berikutan indeks itu berlegar menghampiri paras sokongannya pada sekitar 1,565.

“Bagaimanapun, niaga hadapan AS kekal lemah. Justeru, kami berpendapat adanya sekali lagi hari yang tidak menentu. Oleh itu, kami menjangka indeks mungkin berlegar dalam julat 1,560-1,575 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.03, Public Bank susut lima sen kepada RM4.54, Petronas Chemicals jatuh enam sen kepada RM10.14 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM6.48.

Dalam kalangan saham aktif menyaksikan Serba Dinamik menguncup 21.5 sen kepada 13.5 sen, Pertama Digital menambah tiga sen kepada 93.5 sen, manakala Hibiscus Petroleum dan Bumi Armada kekal tidak berubah pada RM1.40 dan 43 sen.

Di papan indeks, FBM ACE turun 46.06 mata kepada 5,451.20, FBM 70 berkurangan 36.91 mata kepada 13,349.16, Indeks FBM Emas susut 31.32 mata kepada 11,174.24, Indeks FBMT 100 merosot 27.80 mata kepada 10,827.71 dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 34.64 mata kepada 11,659.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 17.28 mata kepada 16,658.55, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.68 mata kepada 203.42 dan Indeks Perladangan turun 78.11 mata kepada 8,454.99.

Berita berkaitan
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
15 jam lalu· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
BNS sambung semula projek LCS selepas kerajaan tandatangan perjanjian baharu
May 27, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok