Bursa dibuka lemah pada awal sesi dagangan

June 15, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia kembali diniagakan rendah pagi ini kerana para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati di tengah-tengah aktiviti urus niaga bercampur-campur di pasaran semalaman Wall Street dan serantau, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.88 mata kepada 1,473.40 daripada penutupan semalam iaitu 1,481.28, lapor Bernama.

Indeks utama itu dibuka pada 1,480.88, turun 0.40 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 181 berbalas 117 manakala 211 kaunter tidak berubah, 1,770 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 184.58 juta bernilai RM69.50 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, sentimen di bursa tempatan dijangka kekal suram menjelang keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang bakal diadakan.

“Walaupun sentimen pasaran masih kekal berhati-hati, pelabur mungkin melihat peluang mencari saham berharga murah dalam saham-saham REIT, pengguna dan perbankan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank lega satu sen kepada RM8.67, Public Bank kerugian dua sen menjadi RM4.49, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.66, IHH Healthcare turun empat sen kepada RM6.26 manakala CIMB menambah dua sen kepada RM5.01.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat setengah sen menjadi lima sen, Unitrade lemah setengah sen kepada 29.5 sen, LGMS menokok dua sen kepada 80 sen sementara Fintech tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 40.84 mata kepada 10,530.73, Indeks FBM Emas Syariah merosot 47.22 mata kepada 10,755.99, Indeks FBM 70 mengembang 8.70 mata menjadi 12,730.24, FBM ACE susut 3.92 mata kepada 4,935.66 dan Indeks FBMT 100 kerugian 40.32 mata kepada 10,247.57.

Mengikut sektor, Perkhidmatan Kewangan turun 34.11 mata kepada 16,219.79, Indeks Perladangan susut 25.19 mata kepada 7,525.12 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.09 mata menjadi 189.35.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
20 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
20 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok