Bung letak jawatan sebagai Presiden Safa, tapi tidak Timbalan Ketua Menteri

January 8, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Bung Moktar Radin meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Bung yang mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru-baru ini tidak pula meletak jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah walaupun menjadi punca pergolakan politik di negeri tersebut ketika ini.

Bung menjelaskan peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya sendiri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.

Katanya lagi, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.

Sementara itu, bercakap mengenai prestasi pasukan bola sepak negeri, beliau mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC.

Bagaimanapun katanya, sepanjang mengetuai badan induk bola sepak itu, pasukan telah berupaya melakukan perubahan dalam pencapaian selain pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.

“Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran Safa dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ia masih di tahap yang masih belum memuaskan.

“Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan serta dokongan daripada semua pihak terutama daripada peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu Safa khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau turut menegaskan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran Safa, tiada sebarang agenda peribadi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri itu.

“Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya,” katanya.

Ahli Dewan Parlimen Kinabatangan itu memegang tampuk pentadbiran badan induk berkenaan sejak Jun 2021.

Sebelum itu, pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi Safa sebulat suara bersetuju melantik Bung sebagai pemangku Presiden Safa dan disahkan sebagai Presiden Safa menerusi mesyuarat agung luar biasa Safa pada Jun 2021.

Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah ketika ini terpalit dengan dakwaan cubaan menumbangkan kerajaan GRS- Barisan Nasional (BN) dan ia dikuatkan lagi dengan pengumuman UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok