Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas

December 6, 2022 · Isu semasa

Peguam bela Datuk Seri Najib Razak mendakwa kedudukan anak guamnya akan terjejas jika jika Mahkamah Tinggi menerima rakaman audio dikatakan perbualan dengan kerabat diraja Arab, sebagai bukti.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah bukti rakaman audio tersebut dimasukkan dalam perbicaraan berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Shafee dalam hujahannya berkata, rakaman yang hendak diterima masuk pendakwaan bagi membidas pembelaan derma Arab oleh Najib itu mungkin terusik, rosak dan mengandungi maklumat salah, menjadikan penerimaannya sebagai bukti adalah tidak berperlembagaan.

Katanya, jika peruntukan undang-undang mengenai kebolehterimaan rakaman itu tidak dipatuhi, kedudukan Najib akan terjejas kerana beliau tidak boleh membantah berdasarkan tafsiran Seksyen 41A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu ia menafikan hak tertuduh (Najib) untuk mendapatkan perbicaraan adil. Pendakwaan menyalahgunakan proses mahkamah kerana tidak menerima masuk komunikasi yang dipintas itu mengikut Seksyen 43 Akta SPRM, sebaliknya menggunakan pintu belakang dengan memaksa mahkamah menerima ‘bukti dokumen’ mengikut Seksyen 41A Akta SPRM.

“Rakaman audio perbualan itu mesti tidak diterima mengikut Seksyen 41A Akta SPRM 2009 kerana tidak berperlembagaan jika tidak menggunakan peruntukan Akta Keterangan 1950,” katanya dipetik laporan BH.

Peguam itu berkata demikian bagi membalas hujahan pendakwaan yang memohon rakaman audio berkenaan diterima sebagai bukti dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Pendakwaan memohon rakaman itu diterima masuk mengikut Seksyen 41(A) Akta SPRM, iaitu ‘peruntukan khas’ yang mengatasi Seksyen 65 Akta Keterangan berkaitan bukti berdokumen.

Rakaman audio dipertikaikan itu dimainkan di mahkamah ketika bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, memberi keterangan dan mengenal pasti suara berkenaan kedengaran seperti Najib.

Dalam rakaman itu, suara seperti Najib memanggil seorang individu sebagai ‘Yang Teramat Mulia’ dan bercakap mengenai keperluan menyelesaikan kebuntuan berhubung isu 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) yang didakwa memalukan Malaysia serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok