Bukit Aman siasat ugutan terhadap Ketua Hakim Negara: Acryl Sani

August 19, 2022 · Isu semasa

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyiasat sebarang ugutan yang dibuat terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan di pelbagai platform media sosial, termasuk Twitter dan Facebook, sejak malam Khamis (18 Ogos).

Acryl Sani berkata perbuatan itu adalah satu perkara yang serius dan siasatan berhubung ugutan sedemikian sedang dijalankan walaupun tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk memulakan siasatan dan meneliti setiap bentuk ugutan terhadap Ketua Hakim Negara.

“Siasatan turut melibatkan Unit Siasatan Khas JSJ,” katanya menurut The Star.

Beliau berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Banyak siaran media sosial dikesan menggesa Tengku Maimun menarik diri daripada rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak berhubung kes RM42 juta SRC International Sdn Bhd, kerana kononnya wujud konflik kepentingan.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter telah mengugut Tengku Maimun sambil menggesanya untuk menarik diri.

Ramai netizen telah menyeru pihak polis untuk menyiasat ugutan tersebut.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok