Bukit Aman siasat penjualan data peribadi rakyat Malaysia

May 19, 2022 · Isu semasa

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menjalankan siasatan berhubung dakwaan tawaran penjualan data peribadi jutaan rakyat Malaysia di forum pasaran pangkalan data.

Pengarahnya Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis menerima satu laporan berkaitan isu berkenaan dan siasatan sedang dijalankan

“Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat.

“Polis memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu itu.

Terdahulu, media melaporkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa dijual dengan harga AS$10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.

Laman sesawang teknologi Lowyat.net kelmarin menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat negara ini dijual pada harga terbabit di forum pasaran pangkalan data.

Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata dakwaan data peribadi seperti yang tular menerusi media sosial, bukan milik JPN.

“Kami – Kementerian Dalam Negeri (KDN) – mempunyai mekanisme untuk mengesahkan data yang dijual itu bukan daripada JPN. Seperti kes-kes sebelum ini, penjualan data melibatkan agensi yang diberi ruang untuk terima maklumat daripada JPN,” katanya.

Menurutnya ia juga bukan dakwaan baharu kerana tahun lalu JPN turut mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penjualan empat juta data peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok