Bukit Aman rampas syabu bernilai RM50 juta: Laporan

August 23, 2022 · Isu semasa

Pasukan Tindakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dilaporkan merampas satu tan dadah jenis syabu, dianggarkan bernilai sehingga RM50 juta, baru-baru ini.

Kejayaan membongkar kegiatan pengedaran dadah berskala besar itu dilakukan susulan rampasan syabu seberat lebih 350 kilogram (kg) di Ampang, Selangor, baru-baru ini, lapor Harian Metro.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan dadah berkenaan yang boleh mencapai harga pasaran sehingga RM60,000 sekilogram dirampas susulan penahanan tiga ‘jutawan’ dadah di Bentong, Pahang, kelmarin.

Menurut laporan itu sumber berkenaan berkata susulan kejayaan pertama itu, JSJN Bukit Aman meneruskan risikan sebelum menahan dua lelaki tempatan berusia 60-an di sebuah kedai makan di Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, jam 7 malam kelmarin.

“Hasil dari soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Taman Anggerik, Bentong, Pahang yang dijadikan stor sindiket. Pemeriksaan polis di ruang tamu menemui lebih 97 plastik lut sinar berisi serbuk kristal disyaki syabu seberat lebih 97kg.

“Pemeriksaan lanjut menemui berpuluh-puluh lagi bungkusan berisi syabu dianggarkan seberat lebih 740kg. Semua syabu boleh menjangkau harga melebihi RM50 juta berdasarkan nilai pasaran semasa,” katanya.

Difahamkan hasil serbuan itu, polis turut menemui pistol model Glock, sepucuk senjata api tiruan dan sejumlah peluru hidup.

Menurut sumber itu semua syabu berkenaan kemudian dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Pahang.

“Difahamkan setakat ini, tiga individu ditahan reman di IPD Bentong untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan masih dilakukan polis bagi mengesan punca dadah syabu itu diperoleh sama ada diseludup dari negara jiran atau dikilangkan di makmal haram tempatan,” katanya.

Pada 3 Jun lalu, polis turut berjaya melumpuhkan dua sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi tiga serbuan selain merampas 696kg dadah bernilai RM25.3 juta di Selangor dan Kedah.

Hasil operasi itu, polis merampas syabu 404.3kg, heroin (7.7kg) dan pil ekstasi (35.3kg) selain menahan empat suspek termasuk wanita berusia 25 hingga 39.

Manakala pada 25 April lalu, polis turut merampas 287kg dadah syabu bernilai RM10.3 juta dan menahan empat lelaki, termasuk dalang utama, seorang jurulatih renang hasil serbuan di Selangor dan Johor.

Berita berkaitan
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok