Bukit Aman berjaya selesaikan 1,658 kes curi kenderaan

June 3, 2023 · Isu semasa

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas 2023 yang bermula Januari hingga April lepas.

JSJ Bukit Aman dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan dalam tangkapan berkenaan, pihaknya turut merampas 847 buah kenderaan yang dipercayai dicuri dianggarkan bernilai RM19.8 juta dan wang tunai RM502,865, menurut laporan Bernama.

“Kesemua individu tersebut (1,225 orang) ditahan dalam 1,049 serbuan yang dilakukan pihak polis di seluruh negara.

“Menurut statistik yang dikeluarkan jabatan ini, sebanyak 6,709 kertas siasatan dibuka bagi kecurian kenderaan dan 639 kertas siasatan berjaya dituduh bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JSJ turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup dan lakukan ujian keberkesanan terhadap sistem penggera kenderaan.

“Pencuri tidak akan mencuri kenderaan yang dilengkapi dengan sistem tambahan dan orang ramai juga digalakkan untuk tidak menangguhkan laporan polis sekiranya kenderaan mereka dicuri,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
September 21, 2023· Politik
Bukit Aman rekod keterangan Muhyiddin berhubung ucapan semasa kempen PRK
September 12, 2023· Politik
Presiden PAS disiasat Bukit Aman selepas ceramah dalam PRK
August 29, 2023· Politik
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
2 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
18 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok