Bukit Aman arah Najib serah bukti selepas tuduh LHDN guna dokumen palsu

September 10, 2021 · Isu semasa

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuatnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Laporan polis itu mendakwa, saman tuntutan cukai yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan berkenaan bermotifkan politik.

Memetik kenyataan kepada BHOnline, Pengarah JSJK Datuk Kamarudin Md Din, mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat Najib terhadap LHDN, kelmarin.

“Pada masa ini, pihak polis sudah meminta Najib mengumpulkan segala dokumen yang dimilikinya sebagai bukti untuk kita melakukan siasatan.

“Bagaimanapun, tiada tempoh masa diberikan kepada beliau untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak polis,” katanya .

Kamarudin berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan segala butiran dan maklumat lain.

Najib sekarang ini berdepan proses mahkamah setelah Mahkamah Rayuan semalam menolak permohonan beliau dan anaknya Mohd Nazifuddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tuntutan saman cukai ke atas mereka.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan LHDN untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin, yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

LHDN kini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dan anaknya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Najib memuat naik kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya kelmarin, mendakwa ada pegawai LHDN dan ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dokumen palsu untuk menganiaya dirinya.

Tidak pasti sama ada dokumen palsu yang didakwa Najib itu telah ditunjukkan kepada mahkamah ketika perbicaraan kesnya dengan LHDN.

“Ada yang datang menemui saya dan memohon maaf serta memberitahu saya bahawa kes cukai tambahan RM1.7 bilion ini sebenarnya tiga kali disiasat sejak 2018.

“Malah, mereka sendiri akui selepas tiga kali siasatan itu dijalankan dengan penuh teliti, mereka tidak menemui apa-apa kesalahan yang dilakukan saya dan tiada penalti cukai yang patut dikenakan terhadap saya.

“Berdasarkan maklumat serta bukti kukuh saya terima, saya telah membuat laporan polis terhadap LHDN tengah hari ini sebab saya dimaklumkan secara sahih bahawa pegawai-pegawai terbabit serta ahli-ahli politik tertentu dipercayai dengan jelas melanggar Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta SPRM yang membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu,” kata Najib.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok