Bukan operasi roboh tokong, polis beri penjelasan perusuh buat kecoh

September 28, 2021 · Isu semasa

Pihak polis menafikan insiden kekecohan yang dicetuskan sekumpulan individu bersebelahan tokong di Cheras berpunca daripada operasi perobohan sebaliknya terdapat salah faham berhubung isu tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata kehadiran pihak berkuasa bukan untuk merobohkan tokong yang terletak berhampiran jalan yang dalam pembinaan sehingga berlakunya pergelutan dengan sekumpulan individu tersebut.

Menurut Muhammad Idzam, kejadian berlaku sekitar pukul 11.45 pagi hingga 4 petang tadi apabila satu operasi telah dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) untuk membina pagar penghadang (hoarding) bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

“Di dalam operasi tersebut pihak polis IPD Cheras telah hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi yang dijalankan.

“Semasa operasi dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi.

“Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam insiden tersebut, kira-kira 30 individu berbangsa Cina membawa kayu dan besi merusuh di hadapan tokong tersebut.

Polis sudah menahan empat individu lelaki tempatan berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes sedang disiasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Satu video berkaitan isu ini telah dimuat naik di laman Facebook oleh individu tertentu bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi.

“Sehubungan dengan itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis Daerah Cheras menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut,” tegasnya lagi.

Terdahulu video berdurasi seminit 16 saat itu menunjukkan sekumpulan individu terdiri daripada lelaki, wanita serta warga emas ‘mengamuk’ dengan bersenjatakan kayu ‘menyerang’ sekumpulan polis di laluan hadapan sebuah tokong Cina.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
26 minit lalu · Isu semasa
3,083 kes semalam, 12 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
13 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok