Bukan lambat bangun tidur, kata Rosyam isu klip video bersama Rina

September 14, 2022 · Isu semasa

Pelakon, pengarah dan usahawan terkenal Datuk Rosyam Nor hari ini (14 September) menjelaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjatuhkan martabat wanita selepas dituduh mengeluarkan kata-kata dianggap kasar ketika mempromosikan Program Keusahawanan Wanita [email protected] semalam

Menurutnya perkataan yang dituturkan itu tidak perlu difahami secara negatif sebaliknya hendaklah dilihat dari sudut positif iaitu untuk memberi semangat dan kesedaran supaya golongan wanita bangkit memajukan diri masing-masing.

Katanya program yang dijalankannya memberi semangat dan kesedaran kepada wanita untuk bangkit dalam perniagaan.

“Jadi tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” katanya menurut laporan MStar hari ini.

Rosyam mengulas video yang dimuat naik di laman Tik Tok Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun yang mendapat perhatian ramai setelah mereka tidak puas hati cara beliau mempromosikan program berkenaan dengan merendah-rendahkan martabat wanita.

Salah faham terhadap perkataan dan metafora yang diungkapkan Rosyam menyebabkan Rina turut menerima tempias apabila Ketua Srikandi Bersatu itu dikritik oleh Ahli Parlimen Pengerang daripada UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Segambut (DAP) Hannah Yeoh.

Dalam rakaman itu, Rosyam meminta kaum wanita supaya jangan lambat dan bangkit daripada tidur selain menggunakan perkataan hendak ‘belasah’ kepala mereka.

“Bangun lambat… bangun lambat semuanya lambat. Wanita ni semuanya lambat. Eh bangkitlah… bangun daripada tidur.

“Esok di WTCKL, program saya dan Datuk Seri Rina, korang datang sahaja pada pukul 9 pagi, saya nak belasah kepala korang. Baru kita bangkit,” kata Rosyam seperti dipetik dalam rakaman video itu.

Mengulas lebih lanjut, Rosyam berkata perkataan ‘belasah’ yang disebut beliau bermaksud ‘mencuci otak’ iaitu memberi semangat kepada mereka untuk bangkit dalam bidang perniagaan.

“Perkataan belasah kepala yang saya sebut itu bermaksud ‘mencuci’ otak. Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran buat kaum wanita untuk bangkit dalam perniagaan.

“Jadi tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” kata pelakon yang memenangi pelbagai anugerah drama dan filem itu.

Rosyam yang kesal kerana ada individu yang mengambil kesempatan memutarbelitkan video berkenaan, menjelaskan sekiranya ia diambil secara positif maka isu itu tidak akan timbul.

Katanya bagi orang lain mungkin perkataan ‘belasah’ itu sesuatu yang negatif, tetapi peserta yang menyertai program berkenaan adalah daripada golongan B40.

Beliau juga dipetik sebagai menjelaskan maksud ‘bangun lambat’ yang menerima kecaman netizen adalah satu metafora yang digunakan bagi menggesa usahawan merebut peluang dengan segera dan bukannya lambat bangun tidur.

“Perkataan bangun lambat itu adalah metafora yang saya gunakan untuk golongan usahawan dan bukannya merujuk kepada para wanita yang lambat bangun tidur,” katanya.

Bagaimanapun, dalam klip video itu, Rosyam turut bergurau dengan Rina setelah menteri itu berkata di sebalik kejayaan seseorang lelaki, ada wanita di sisi mereka, namun di sebalik kejayaan wanita, belum tentu ada lelaki.

Menjawab ungkapan itu, Rosyam turut bertanya kepada Rina jika wanita menangis siapa yang pujuk, sambil tetamu yang mendengarnya turut ketawa.

Berita berkaitan
Wanita didenda RM56,000 guna dokumen palsu bagi laporan Mitra
September 21, 2022· Isu semasa
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
September 14, 2022· Isu semasa
Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki
August 30, 2022· Isu semasa
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok