Bukan krisis, kata Menteri berhubung isu bekalan gula di Terengganu

May 7, 2023 · Isu semasa

Masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku di Kelantan dan Terengganu disebabkan oleh cuti panjang pekerja syarikat pengilang dan pusat pengedaran, bukannya satu krisis yang berpunca daripada kekurangan bahan makanan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas penguatkuasaan operasi bersepadu Op Manis, isu berkenaan semakin pulih dan pemborong utama di kedua-dua negeri telah menerima bekalan daripada pengilang secara berperingkat untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit di seluruh kawasan, menurut laporan Bernama.

”Secara purata penggunaan gula untuk seminggu bagi negeri di Pantai Timur ialah 400 tan metrik untuk tempoh seminggu.

”Kita juga telah menambah bekalan gula sebanyak 36 peratus iaitu berjumlah 614.12 tan metrik bagi tempoh empat hari untuk menampung bekalan, jadi orang ramai jangan buat pembelian panik kerana bekalan mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar, di sini hari ini.

Salahuddin berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op Manis bermula 3 hingga 6 Mei lepas bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di Pantai Timur sejak musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Hasil daripada operasi berkenaan, pihaknya juga mendapati aduan yang diterima semakin berkurangan dan tiada kes diambil ke atas peniaga kerana tiada kesalahan sorok, enggan menjual barang kawalan atau lain-lain kesalahan ditemukan.

”Sehingga 6 Mei lepas, sebanyak 132 pemeriksaan telah dilaksanakan di Kelantan dan 224 pemeriksaan telah dilaksanakan di negeri Terengganu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata pihak kerajaan akan meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dengan mengumumkan Skim Insurans Rahmah untuk kenderaan dan kediaman dalam tempoh dua minggu lagi.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti beberapa perkara termasuk premium yang akan ditawarkan kepada pengguna.

“Peringkat awal Skim Insurans Rahmah ini akan melibatkan perlindungan kepada kenderaan terpakai yang mempunyai kerosakan enjin atau gearbox serta perlindungan bagi kediaman yang sering dilanda bencana banjir,” katanya.

Berita berkaitan
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
May 29, 2023· Isu semasa
Gula pasir tidak dikawal harga dijual hari ini, kata menteri
May 25, 2023· Isu semasa
Menteri tetap kata harga barang asas tidak naik
May 22, 2023· Isu semasa
Salahuddin yakin pengundi UMNO tiada masalah undi calon parti dalam PH
May 20, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
51 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok