Bukan alasan Covid-19 untuk halalkan pelacuran

April 9, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bimbang ada kalangan wanita yang memilih jalan pintas menjadi pelacur untuk hidup yang lebih selesa dan mewah dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, dalam keadaan sekarang normalisasi kegiatan pelacuran sebagai satu profesion hanya akan membuka pintu maksiat seluas-luasnya.

Katanya, wujud ancaman keselamatan, keganasan seksual serta risiko terhadap penyakit berjangkit kepada mereka yang terbabit dalam industri pelacuran.

“Sektor pelacuran adalah dibina di atas prinsip eksploitasi wanita, maka mengiktiraf ia sebagai satu profesion hanyalah akan menguntungkan sindiket-sindiket pelacuran dan pelanggan. Ia sama sekali tidak menepati takrifan memelihara hak asasi wanita.

“Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua pihak agar menghormati kedudukan undang-undang di Malaysia yang menjadikan pelacuran sebagai satu kesalahan jenayah.

“Undang-undang tersebut digubal tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengangkat kedudukan dan martabat golongan wanita bagi menjaga salah satu daripada Maqasid Syariah,” katanya.

Ahmad Marzuk berkata, jika ada wanita yang memilih menjadi pelacur atas faktor ekonomi dan kemiskinan sekalipun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita ‘menghalalkan’ pelacuran.

“Pada masa ini pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan telah banyak menyediakan bantuan dan kelas kemahiran percuma khusus untuk golongan wanita menjana pendapatan yang halal dan meningkatkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
47 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
6 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok