‘Buka puasa di mahkamah jika tak habis hujah tengah hari esok’

April 12, 2021 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengingatkan pasukan pembela Datuk Seri Najib Razak supaya menghabiskan hujah mereka tengah hari esok, atau berbuka puasa di mahkamah.

Pasukan pembela Najib dalam rayuan hukuman penjara dan denda kes dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sepatutnya perlu menghabiskan hujah mereka Khamis lalu, tetapi meminta tambahan hari ini.

Abdul Karim berkata, pasukan pembelaan itu perlu mengakhiri hujahan mereka sebelum tengah hari esok.

“Selesaikan hujahan anda menjelang tengah hari dan jika tidak anda perlu berbuka puasa di sini,” katanya yang mengundang ketawa daripada mereka yang berada di mahkamah.

Hari ini, pendengaran hujahan kes itu diteruskan sehingga jam 4.30 petang dan peguam Najib, Farhan Read berkata, beliau memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan hujahannya.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berkata, permintaan tersebut akan memendekkan tempoh masa yang diperuntukan kepada hujahan pihak pendakwaan.

“Mereka diberi enam hari dan saya hanya tiga hari. Mereka perlu melengkapkan hujahan mereka menjelang esok dan kami akan memulakan hujahan kami pada Rabu ini,” katanya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib selepas dia didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Bagaimanapun, Najib, 67, dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu rayuan kes itu selesai.

Hujahan rayuan bersambung esok.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
1 sen pun keluarga tidak terima wang 1MDB : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok