Budak lima tahun maut disyaki didera ibu kandung, kekasih

December 4, 2021 · Isu semasa

Polis menangkap ibu kandung seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, kata Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.

Pada masa sama katanya, polis turut menangkap seorang lelaki yang juga kekasih ibu kanak-kanak itu dalam serbuan di sebuah rumah di Nusa Bistari untuk membantu siasatan.

Menurutnya Polis Johor Bahru Selatan menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek iaitu ibu kandung dan bapa angkatnya serta seorang adik dan kakak. Pemeriksaan ke atas badan mangsa dapati cedera di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan didera,” katanya.

Dzulkhairi berkata bahagian forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor telah menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan poly pipe di atas sofa dan kesan darah di rumah suspek.

“Ibu kandung mangsa berusia 35 tahun ditahan di HSA, manakala kekasihnya yang berusia 32 tahun ditahan di kediaman di Nusa Bistari.

“Semasa ditahan kedua suspek negatif ujian saringan dadah. Siasatan awal oleh pihak HSA mendapati mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Kedua-dua suspek didapati memiliki rekod jenayah lampau.

“Pemeriksaan rekod lampau terhadap suspek mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan empat rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok