Budak lima tahun kematian termuda Covid-19 di Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun menjadi korban termuda akibat Covid-19 di negeri itu.

Kanak-kanak itu memiliki komorbiditi lain iaitu, obesiti dan meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri.

“Kes tersebut merupakan antara 14 kematian yang dilaporkan di Sarawak bermula 30 September hingga semalam,” lapor jawatankuasa itu.

Daripada angka itu, lima kematian berlaku di luar hospital (BID).

Hari ini, Sarawak mencatatkan 1,126 kes baharu melibatkan 10 kes jangkitan bagi kategori 3,4 dan 5.

Semua kes yang dilaporkan hari ini berhubung kait dengan 77 kes aktif, dengan Kuching melaporkan kes tertinggi dengan 315 jangkitan, diikuti Miri (195 kes) dan Sibu (117 kes).

Sehingga kini, angka keseluruhan jangkitan Covid-19 di Sarawak adalah sebanyak 223,507 kes dengan 196,074 telah sembuh.

Dari segi vaksinasi pula, 89.7 peratus atau 1,833,042 individu dewasa di negeri itu lengkap divaksin, manakala 91.7 peratus atau 1,873,510 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja pula, 25.7 peratus atau 75,493 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun lengkap divaksin, manakala 76.4 peratus atau 224,068 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga semalam, terdapat sebanyak 25,339 kes aktif di Sarawak dengan 20,601 menjalani kuarantin di rumah, 3,572 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (1,054 pesakit), dan 112 lagi di unit rawatan rapi dengan 51 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR