Budak dua tahun antara tiga sekeluarga maut nahas di Tangkak

September 11, 2022 · Isu semasa

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun antara tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, dekat Tangkak, Johor, petang semalam (10 September 2022).

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian melibatkan dua kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan kelabu serta sebuah kereta Mazda itu pada 3.50 petang, menurut Bernama.

Beliau berkata Aarish Ammar Harunarashid, meninggal dunia di Hospital Tangkak manakala ibunya, Nor Haliza Hamzah, 36, dan neneknya Siti Fatimah Ladri, 71, maut di tempat kejadian.

Bapa kanak-kanak itu, Harunarashid Ghazali, 34, cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi berwarna hitam dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Tangkak menghala ke Segamat, dilanggar Perodua Myvi warna kelabu (arah bertentangan) yang mahu memotong sebuah kenderaan lain di hadapan, sebelum terbabas lalu masuk ke gaung.

“Kereta dinaiki empat sekeluarga itu kemudian dipercayai berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Mazda yang cuba mengelak namun terlanggar bahagian belakang kereta mereka,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta Myvi kelabu serta pemandu Mazda dilaporkan selamat.

Proses bedah siasat jenazah ketiga-tiga mangsa dilakukan di Hospital Tangkak dan kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II K. Kumar berkata pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan Siti Fatimah yang tersepit di dalam kereta manakala Nor Haliza dikeluarkan oleh orang awam sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata operasi menyelamat yang melibatkan 15 anggota berserta dua jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) tamat sepenuhnya kira-kira 4.40 petang.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Ipoh meningkat, dua pusat pemindahan dibuka
23 jam lalu· Isu semasa
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
16 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok