Budak 12 tahun maut kena renjatan elektrik ketika guna telefon bimbit

August 16, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Lojing, dekat Gua Musang, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata ketika kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kawasan tersebut sedang berlaku ribut petir.

Beliau berkata kejadian itu dilaporkan oleh bapa mangsa M Nor Zawawi Awang selepas dimaklumkan oleh isterinya bahawa anaknya Nur Asyqin Qistina telah pengsan di tempat tidur.

“Apabila selesai solat Asar di surau di hadapan rumah, pengadu mendengar bunyi petir, pengadu pulang ke rumah dan telah dimaklumkan bahawa tiada elektrik.

“Pengadu telah menghubungi pembaiki solar inverter yang memaklumkan bahawa inverter solar rumah pengadu telah rosak akibat daripada panahan petir.

“Lebih kurang 15 minit kemudian isteri pengadu telah memaklumkan bahawa Nur Asyqin Qistina telah pengsan di tempat tidur.

“Pengadu kemudian telah pergi ke tempat tidur anaknya dan didapati anaknya telah pengsan dan di tangan kanan anaknya terdapat telefon bimbit dan ada pengecas telefon bimbit berdekatan anaknya selain terdapat kesan lecur di tangan kanan dan terbakar pada tilam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata bapa mangsa kemudian telah membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan di tempat kejadian didapati tiada terdapat keterangan yang boleh mengaitkan sebab kematian si mati adalah disebabkan perlakuan jenayah dan dipercayai kesan renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir terhadap inverter solar rumah pengadu.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Gua Musang 8 malam tadi untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022· Dunia
Al-Fatihah, Bob Lokman meninggal dunia
September 23, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Pemergian Samy Vellu satu kehilangan besar buat negara: Muhyiddin
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
October 6, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
21 minit lalu · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
32 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok