Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis

September 29, 2022 · Isu semasa

Penganalisis politik menyifatkan ia satu bentuk ‘penipuan’ sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan secara tergesa-gesa sebaik Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober nanti.

Sekiranya senario tersebut berlaku, bajet yang dibentang tersebut sebenarnya tidak dapat diguna pakai kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara perbelanjaan negara tidak perlu mendapat kelulusan di Dewan Rakyat.

Profesor Emeritus di Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia bukan satu strategi yang baik sekiranya kerajaan membuat keputusan membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2023 dibahas dan diluluskan oleh ahli Dewan Rakyat.

“Kepada saya, maknanya ini satu ‘penipuan’ kalau kata kerajaan hari ini membentangkan belanjawan dan kemudian membubarkan Parlimen. Sebab seolah-olah tiada makna (bentang). Selagi ia tidak diluluskan, ia bukan belanjawan, sebab itu diperlukan satu pembentangan semula.

“Kalau itu niat kerajaan sekarang, ia bukan satu strategi yang bernas. Mungkin hanya untuk ‘melepaskan batuk di tangga’. Sebaiknya bentang dan lulus baru bubar (Parlimen). Itu sepatutnya yang berlaku,” katanya dipetik laporan BH.

Menurut Barjoyai yang juga pakar ekonomi, rakyat boleh mempertikaikan Bajet 2023 yang dibentang tersebut kerana ia tidak mendapat kelulusan di Dewan Rakyat dan boleh kemudiaannya oleh kerajaan baharu selepas PRU-15 nanti.

“Kena bagi tahu rakyat bahawa ini bukan satu belanjawan kecuali kalau ia sudah diluluskan oleh Parlimen.

“Jika Parlimen tidak akan meluluskan sebelum PRU (Pilihan Raya Umum), jadi maknanya itu hanya permainan yang kemudian akan diikuti dengan belanjawan satu lagi yang kita pun tidak tahu apa isinya,” katanya lagi.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan, RUU Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang Jumaat depan, perlu dibentangkan semula di Parlimen jika belum diluluskan kerana PRU ke-15.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 dijangka tidak dapat diluluskan Dewan Rakyat mengikut jadual asalnya iaitu pada 23 November depan, selepas spekulasi semakin kencang kemungkinan Parlimen dibubarkan selepas pembentangan Bajet 2023 minggu depan.

Mengikut takwim mesyuarat Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 dikeluarkan Parlimen, RUU itu sepatutnya melalui proses kelulusan peringkat dasar pada 2 November depan, iaitu sebaik selesai sesi menggulung oleh menteri Kabinet.

RUU itu kemudian dibawa ke peringkat jawatankuasa dengan proses itu pula dijadual akan disempurnakan sepenuhnya pada 23 November depan, sebelum persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan usul-usul lain oleh kerajaan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
14 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
14 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok