Buat lawak pada sidang media nahas LRT, Tajuddin digesa letak jawatan

May 26, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digesa meletak jawatan susulan kenyataan dan tingkah laku beliau pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian nahas Transit Aliran Ringan (LRT) kelmarin.

Selain tidak memakai pelitup muka, Tajuddin juga dituduh gagal dan tidak mempunyai perasaan sensitif atau empati terhadap mangsa tragedi LRT, sekali gus membuktikan beliau sama sekali tidak layak menduduki kerusi Pengerusi Prasarana.

Menurut satu petisyen yang dilancarkan menerusi Change.org, Tajuddin dituduh sombong, angkuh dan bongkak ketika sesi sidang media sejurus melawat lokasi tragedi.

Tajuddin juga didakwa membuat kenyataan kasar terhadap seorang wartawan asing dari China. Dengan reaksi air muka yang ditunjukkannya ketika memberi jawapan lucu yang menyakitkan terhadap soalan serius yang diajukan oleh wartawan itu.

“Ditambah pula dengan ‘racist remark’ beliau terhadap seorang journalist Cina,” kata petisyen itu, sambil mengatakan Tajuddin juga melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka.

“Oleh itu, kami mendesak agar Tajudin Abdul Rahman, MP Pasir Salak untuk segera meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PRASARANA. Kementerian Kewangan juga perlu bertindak memecat Tajudin jika dia masih lagi berkeras melepas jawatan tertinggi anak syarikat MOF tersebut,” kata petisyen itu lagi.

Tajuddin juga didakwa tidak menunjukkan profesionalisme dalam kedudukannya sebagai ketua organisasi infrastruktur penting di negara ini dan dalam hal ini menimbulkan rasa malu yang tidak terucapkan kepada negara.

Selain itu beberapa netizen turut mengulas mengenai sikap Tajuddin pada sidang media itu. Mereka menggariskan kesalahan beliau yang antara lain:

  • Termangu-mangu mengenai fakta kejadian walaupun ada pegawai berkaitan di sebelah beliau;
  • Buat lawak bodoh ventilation atau ventilator;
  • Buat lawak bodoh train ‘kissed’;
  • Ketawa ketika menjawab sidang media berkaitan insiden dan tragedi; dan
  • Bagi alasan baru balik kerja, esok nak kena vaksin sebab itu tak boleh datang ketika kejadian.

Terdahulu hari ini, polis daerah Dang Wangi membuka kertas siasatan ke atas Tajuddin susulan tular klip video beliau tidak memakai pelitup muka pada sidang media itu.

Polis siasat Tajuddin tak pakai pelitup muka

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Agus sahkan hantar surat letak jawatan bos J-KOM
November 17, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok