Brunei lanjutkan tempoh tutup sempadan dengan Malaysia

December 31, 2021 · Isu semasa

Pejabat Perdana Menteri Brunei pada Khamis mengumumkan penggantungan sementara aktiviti rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia dilanjutkan selama 15 hari lagi, lapor Xinhua.

Penggantungan sementara kemasukan warga asing melalui darat dan pelabuhan laut, termasuk transit melalui Brunei, dilanjutkan selama 15 hari lagi sehingga 15 Januari 2022, kecuali untuk perjalanan masuk dan transit yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Terletak di Asia Tenggara, di barat laut Kalimantan, Brunei berkongsi sempadan darat dan laut dengan negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.

Sementara itu, berdasarkan penilaian risiko kementerian kesihatan terhadap pandemik Covid-19 di peringkat serantau dan global, Brunei mengumumkan penggantungan sementara perjalanan ke dan dari lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dibatalkan.

“Pertimbangan untuk masuk dan keluar bagi perjalanan penting dari Brunei Darussalam ke negara-negara yang disebutkan di atas kini dibenarkan, berkuat kuasa Sabtu, 1 Januari 2022,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Menurut pejabat itu, syarat pertimbangan perjalanan keluar masuk yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada semakan Jawatankuasa Pemandu Covid-19 dari semasa ke semasa.

Brunei melaporkan lima kes baharu Covid-19 yang disahkan pada Khamis, termasuk tiga jangkitan tempatan dan dua kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 15,470.

Menyedari bahawa lapan kes varian Omicron telah dilaporkan, Menteri Kesihatan Dr Haji Mohd Isham berkata tidak perlu panik kerana kes itu terkawal.

Sehingga 29 Disember, kira-kira 95 peratus penduduk Brunei menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 93 peratus melengkapkan vaksinasi dua dos dan kira-kira 20 peratus menerima dos ketiga.

Setakat ini, negara itu mencatatkan 98 kes aktif masih dirawat dan 100 kematian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok