Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang

August 10, 2022 · Isu semasa

Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki bersama seorang lagi rakan mereka karam di perairan Pulau Redang, Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat mereka ditemukan terapung antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi oleh nelayan setempat yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).

“Kesemua mayat ditemukan di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ialah Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar dan Zulkifli Umar, kedua-duanya berusia 48 tahun.

Katanya dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang.

Bagaimanapun, seorang mangsa terselamat iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, manakala dua lagi lelaki masih hilang iaitu Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49.

Muhammad Suffi berkata sektor pencarian bagi operasi yang memasuki hari kedua diperluas hingga 242 batu nautika dan beberapa aset telah diatur gerak dalam operasi awal pagi tadi termasuk Kapal Maritim (KM) Redang, pesawat Bombardier CL415 bersama bot Perkasa 1234.

Beliau berkata operasi Carilamat yang turut dibantu lebih 10 bot nelayan tempatan itu ditangguh pada 7 malam ini dan akan disambung 7 pagi esok.

Katanya semua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk proses pengecaman dan bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan.

Berita berkaitan
SAM gesa batalkan terus PSI, kecilkan pun tetap jejas alam
May 11, 2023· Isu semasa
NGO Pulau Pinang tolak cadangan PMX supaya projek tambak dikecilkan
May 7, 2023· Isu semasa
Kenapa PMX tak hiraukan suara bantahan rakyat, kata Gerakan
April 29, 2023· Politik
Boleh dengar janji PMX, tapi kami belum percaya: Persatuan Nelayan
April 29, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok