Bongkah konkrit pula jatuh di SUKE Expressway

March 25, 2021 · Isu semasa

SUKE Expressway pengendali projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang, mengesahkan sebongkah konkrit yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang pagi tadi adalah daripada sebuah lori yang melalui kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, SUKE Expressway berkata, kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi menyebabkan kesesakan teruk di jalan berkenaan.

Susulan kejadian itu lorong tengah jalan berkenaan terpaksa ditutup beberapa waktu sehingga kerja-kerja mengalihkan konkrit itu selesai.

SUKE Expressway kemudian melaporkan lorong berkenaan telah dibuka semula untuk kegunaan pengguna jalan raya.

Minggu lalu, tiga pekerja warga China maut dan seorang pengguna jalan raya cedera selepas sebuah gantri di tapak projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), tumbang dan menghempap sebuah kereta.

Berita berkaitan
Juruaudit bebas dilantik siasat kejadian runtuh pembinaan lebuhraya : LLP
March 25, 2021· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok