Bon Odori: Kenyataan setiausaha PAS negeri tak tepat, kata Istana Selangor

June 17, 2022 · Isu semasa

Istana Selangor menegaskan kenyataan dibuat Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir selepas pertemuan pemimpin parti itu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelmarin berhubung isu Festival Bon Odori, adalah tidak tepat.

“Adalah ditegaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak tepat sama sekali dan tidak sebenarnya berlaku ketika Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi menghadap Sultan Selangor,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Roslan dipetik sebagai berkata Sultan Selangor ingin tahu pendirian PAS berhubung perayaan Bon Odori.

“Baginda memberi pandangan dan kamu juga sampaikan kepada Baginda bahawa kami menghormati pendirian baginda,” Roslan dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut Mohamad Munir berkata Sultan Selangor hanya menyatakan tentang pendirian baginda tidak menyekat festival kebudayaan Jepun Bon Odori yang akan diadakan di negeri itu.

Menurutnya pada pandangan baginda festival itu hanya berunsur kebudayaan semata-mata dan baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehingga satu kajian mendalam dilakukan sama ada ia berunsur keagamaan atau kebudayaan.

“Dalam sesi menghadap pada petang Selasa itu, turut dititah hadir adalah beberapa Ahli Dewan di-Raja Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menasihatkan umat Islam supaya tidak menyertai perayaan itu.

Idris berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati festival itu mempunyai unsur keagamaan lain dan alasan kebudayaan Jepun semata-mata tidak cukup merit untuk dipertimbang bersama.

Selain itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor pula menyatakan bahawa penyertaan umat Islam di dalam festival Bon Odori, boleh menjerumuskan mereka kepada pelaksanaan amalan syirik.

“Umat Islam dinasihatkan supaya sentiasa memelihara kesucian akidah Islam mereka dengan mengelak daripada terlibat dalam perayaan seperti itu.

“Memandangkan perayaan itu dikaitkan dengan mengingati roh atau roh nenek moyang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik. Umat ​​Islam hendaklah sentiasa memelihara kesucian akidah Islamnya.

“Mengingati roh nenek moyang dengan menari, menyembah roh dan lain-lain adalah tidak digalakkan dalam Islam, malah dikhuatiri akan terjerumus ke dalam dosa syirik kepada Allah,” kata Wan Salim.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula dalam mengulas isu festival itu turut mengingatkan umat Islam supaya mematuhi hukum syarak dalam menghadiri sesuatu majlis walaupun ianya semata-mata perayaan yang bersifat kebudayaan atau aktiviti sosial kekeluargaan.

Sehubungan itu, umat Islam dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam apa-apa perayaan orang bukan Islam apatah lagi mengikuti ritual-ritual mereka yang bercanggah dengan prinsip Islam serta mengagungkan syiar agama mereka agar tidak membawa fitnah kepada Islam.

Hukum orang Islam menyertai perayaan Bon Odori

Berita berkaitan
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022· Politik
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022· Politik
Kedua-dua lambang boleh digunakan PAS, kata Sanusi
June 26, 2022· Politik
Hak PAS untuk tawar kerusi kepada Tajuddin, kata Faizal
June 25, 2022· Politik
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok