Bomba selamat wanita sesat 24 jam di Taman Botani

January 9, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita yang sesat hampir 24 jam ketika mendaki Taman Botani, Jalan Kebun Bunga di Pulau Pinang, semalam, ditemukan selamat kira-kira dua kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan tersesat, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat wanita berusia 30-an itu selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.04 petang semalam memaklumkan mangsa sesat.

“Mangsa menghubungi pihak bomba mendakwa dia tersesat ketika mendaki di kawasan itu dan kali terakhir wanita berkenaan dapat dihubungi ialah pada 7.30 malam semalam.

“Operasi pencarian pada waktu malam diteruskan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS), pasukan polis dan orang awam yang mahir dengan laluan pendakian di bukit tersebut namun gagal menemukan mangsa.

“Komander operasi membuat keputusan untuk menangguhkan sementara operasi mencari wanita itu pada 2.15 pagi tadi kerana tiada petunjuk lokasi mangsa berada pada ketika itu,” katanya, laporan Bernama.

Menurut jurucakap itu, operasi diteruskan 8 pagi hari ini dengan disertai oleh 44 petugas terdiri daripada 12 anggota bomba, PBS (dua orang), polis (11 orang) dan Angkatan Pertahanan Awam (19 orang) serta bantuan daripada pendaki yang mahir dengan laluan di situ.

Katanya, operasi dijalankan di kawasan Air Terjun Botani dengan jarak dua kilometer dari kaki bukit dengan pencarian dibahagikan kepada empat sektor bermula dari kawasan air terjun dengan radius dua kilometer.

Menurutnya, wanita itu ditemukan pada 2.57 petang di atas bukit kira-kira dua kilometer dari lokasi awal dilaporkan sesat dan berada dalam keadaan selamat.

“Mangsa dibawa turun ke bawah dan seterusnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada 4.45 petang,” katanya.

Berita berkaitan
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok