Bomba kenal pasti 5,427 lokasi berisiko banjir, cerun kritikal

October 14, 2022 · Isu semasa

Secara berasingan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut memantau kira-kira 5,427 lokasi berisiko banjir bersama kawasan yang mempunyai arus deras dan cerun kritikal sebagai sebahagian daripada persiapan mereka.

Pengarah Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata sebahagian besar daripadanya terdiri daripada 4,987 titik panas banjir, 254 cerun dan 186 lokasi arus deras.

“Sarawak mendahului senarai dengan lebih 1,000 titik panas diikuti Sabah dengan lebih 600 titik panas, dan Kelantan dan Pahang masing-masing lebih 500,” katanya menurut The Star.

Beliau berkata air pasang besar juga telah menyebabkan beberapa banjir kilat di Sarawak, Sabah dan Melaka sejak 24 jam lalu.

Menurutnya beberapa mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan.

“Nasib baik, semua tempat yang dinaiki air ini berada dalam kawasan panas yang kita kenal pasti,” katanya menurut The Star.

Katanya jabatan itu juga telah menempatkan semua anggota bomba dan sukarelawannya di seluruh negara dalam keadaan berjaga-jaga, selain memantau air pasang yang boleh mengakibatkan banjir.

Nor Hisham berkata JBPM juga sedang menggerakkan semua asetnya termasuk lebih 435 bot untuk operasi menyelamat di seluruh negara.

“Kami juga akan menggunakan kira-kira 143 kenderaan berat, terutama trak, untuk memindahkan orang ramai ke pusat pemindahan apabila perlu.

“Kami akan menggunakan empat dron untuk melakukan pengawasan udara di sekitar kawasan yang terdedah kepada banjir,” katanya sambil menggesa mereka yang berada di kawasan rendah supaya bersedia untuk berpindah jika hujan berterusan dalam tempoh tertentu.

Beliau turut menggesa orang ramai memberi perhatian kepada kanak-kanak yang bermain berhampiran kawasan perairan seperti sungai, kolam, tasik dan kolam perlombongan yang tidak digunakan semasa musim tengkujuh.

Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga bersedia untuk menggerakkan kira-kira 21,019 pegawai dan anggota di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi banjir monsun.

Hamzah berkata aset itu termasuk 367 bot, 845 kenderaan pacuan empat roda, 454 lori dan 11 pesawat juga sedia dihantar jika diperlukan.

“Selain itu, 4,367 pegawai dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), bersama aset terdiri daripada 41 lori tiga tan dan 36 kenderaan pacuan empat roda, turut bersiap sedia,” katanya.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut berhubung pengurusan banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan PDRM di talian 03-2266 3333/ 03-2266 3444/ 03-2266 3451 atau MERS 999.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
60 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
16 minit lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok