Boleh rentas negeri tak bermakna sudah menang: Noor Hisham

October 13, 2021 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan terlalu leka dengan menganggap perang melawan Covid-19 sudah menang selepas kebenaran rentas negeri diberikan, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing untuk sentiasa mematuhi peraturan dan mengambil langkah menjaga keselamatan diri serta keluarga demi memastikan penularan virus membunuh itu kembali merebak dalam masyarakat semula.

“Kita sudah berjaya sejauh ini bagi mengelakkan bencana nasional seperti yang berlaku di kebanyakan negara lain.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja di KKM serta mereka di belakang tabir yang bekerja sebagai satu pasukan untuk mengawal penularan Covid-19 di negara kita.

“Namun, ia tidak bermakna kita sudah keluar daripada bencana ini. Kemenangan hanya akan menjadi milik semua jika rakyat Malaysia bersatu-padu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan kesihatan awam sepanjang diberi ‘kebebasan’ merentas negeri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mempunyai prinsip panduan yang jelas dalam menghadapi wabak itu dan kini tanggungjawab terletak pada bahu individu untuk melaksanakannya.

“Kita mesti menyesuaikan diri dengan norma baharu ini kerana dunia tidak akan sama lagi.

“Kita semua mesti mengetahui bahawa tindakan setiap individu mempunyai kesan terhadap bagaimana kita menguruskan Covid-19 dalam komuniti kita,” katanya lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman khasnya menguatkuasakan kebenaran merentas negeri kepada rakyat Malaysia yang lengkap divaksin bermula Isnin lalu selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi.

Dr Noor Hisham berkata, dalam pada rakyat Malaysia merancang pulang ke kampung hujung minggu ini, perkara penting perlu dilakukan adalah merancang bagi pematuhan SOP dan amalan norma baharu.

“Kita mesti mempunyai disiplin dan patuh terhadap SOP dengan menerapkan jarak sosial, mengambil semua langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan diri.

“Kita mesti memastikan semua orang mematuhi jarak yang selamat, terutama di tempat yang sesak dan terkurung, termasuk aspek ruang pengudaraan bagi menjadikannya lebih selamat.

“Ia termasuklah pembersihan kawasan seperti pantri atau ruang solat dan hanya membenarkan sebilangan kecil orang untuk berkumpul pada satu-satu masa untuk memastikan keselamatan penjarakan sosial,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
22 jam lalu· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit rendah berbanding dolar AS
1 jam lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
2 jam lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
2 jam lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok