Boleh rentas negeri: 1.3 juta kenderaan dijangka guna PLUS sehari

October 8, 2021 · Isu semasa

Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menjangkakan sehingga 1.3 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya kendaliannya apabila kerajaan membenarkan rentas negeri setelah 90 peratus individu dewasa lengkap divaksin.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan hari ini berkata PLUS telah bersedia untuk pembukaan semula perjalanan antara negeri dan bersedia untuk kemasukan jumlah kenderaan yang tinggi.

PLUS menjangkakan ramai penduduk Lembah Klang serta dari negeri-negeri lain akan merebut peluang ini untuk melakukan perjalanan untuk bertemu ahli keluarga dan sahabat handai.

“Lebuhraya PLUS telah bersedia untuk pembukaan semula perjalanan antara negeri dan semua 94 plaza tol di seluruh wilayah utara dan selatan bersedia untuk menerima pertambahan kenderaan sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan,” katanya.

Memetik Bernama, Zakaria bagaimanapun mengingatkan pengguna lebuh raya agar sentiasa memastikan tahap keselamatan mereka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu memeriksa MySejahtera, pemakaian pelitup muka yang betul, penjarakan fizikal dan pensanitasi tangan, yang perlu dipatuhi di sepanjang lebuh raya.

“Kami teruja bahawa 90 peratus populasi dewasa kita telah divaksinasi sepenuhnya dan kini boleh melakukan perjalanan di lebuh raya tetapi perlu mematuhi SOP COVID-19. Kami menggalakkan mereka selepas dua jam memandu supaya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah kami untuk berehat,” katanya.

Semua kemudahan awam di 29 R&R dan 50 hentian sebelah PLUS sentiasa dibersihkan bagi memastikan ia sentiasa diselenggara dan kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam sehari.

Selain itu, kerjasama dengan Polis Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama kakitangan PLUS di sepanjang 1,130 km itu dapat meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya tersebut.

Selain itu, pengguna lebuh raya juga mempunyai pilihan digital untuk membuat pesanan awal daripada rakan kongsi perniagaan di R&R terpilih bagi makanan berbungkus iaitu di https://ordersini.plus.com.my dan rancang perjalanan mereka menggunakan Aplikasi PLUS atau mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui www.plus.com.my.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok