Boleh mohon buat kajian klinikal ekstrak ganja perubatan: KKM

July 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan kajian klinikal ke atas produk yang mengandungi ekstrak kanabis untuk tujuan perubatan kerana tiada ujian sedemikian sedang dijalankan pada masa ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali,

“Akta Dadah Berbahaya Malaysia 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 membenarkan ekstrak ganja dibekalkan, diimport, dijual dan digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan atau ujian klinikal, tertakluk pada pematuhan dan keperluan akta tersebut,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang percubaan klinikal ke atas apa-apa keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan sedang dijalankan di negara ini.

Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta KKM menyatakan status perkembangan terkini kebenaran dan penggunaan kanabis perubatan di Malaysia.

Menjelas lanjut, Dr Azmi berkata mana-mana syarikat yang mempunyai bukti saintifik mencukupi keberkesanan produk mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan boleh mengemukakan permohonan pendaftaran produk itu kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM.

Malah, katanya syarikat yang mempunyai produk kanabis untuk perubatan yang telah diluluskan di luar negara, boleh mendaftarkan produk mereka untuk dipasarkan di negara ini.

“KKM tidak menolak kajian terhadap keberkesanan kanabis perubatan, telah tiba masanya kita mengikut langkah 40 negara yang telah menggunakannya untuk merawat penyakit termasuk kanser, depresi dan epilepsi, KKM sedia melihat perkara baharu ini,” katanya.

Sementara itu, bagi cadangan membezakan antara kanabis, kanabis perubatan dan hemp dari aspek perundangan, perkara ini adalah bergantung kepada hasil dapatan Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis Dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan yang ditubuhkan oleh KKM.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji serta merangka hala tuju pembangunan industri kanabis dan ketum bagi tujuan perubatan.

“Oleh itu, keperluan untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubung kawalan kanabis dan hemp termasuklah mewujudkan tafsiran berbeza bagi kanabis dan hemp adalah bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri terhadap hasil dapatan jawatankuasa ini kelak dengan mengambil kira aspek perundangan, sosiobudaya, kesihatan, ekonomi, hukum syarak dan sebagainya,” katanya.

Berita berkaitan
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Bertindak luar kawalan padah kesihatan mental terjejas
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
4 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
16 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
23 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
34 minit lalu · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok