Boleh merayau seluruh Malaysia nanti tapi ingat SOP, kata Muhyiddin

September 27, 2021 · Isu semasa

Orang ramai boleh merentas negeri tidak lama lagi selepas Majlis Pemulihan Negara (MPN) menimbang untuk memperhalusi pembukaan semula sempadan yang bakal diputuskan pada Oktober ini, kata mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi MPN tersebut berkata apabila kebenaran diberikan nanti, orang ramai boleh merayau bagaimanapun perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19 yang sudah menjejaskan kehidupan seharian hampir dua tahun kini.

“Kalau (melihat apa) yang dimaklumkan tadi, kemungkinan pada Oktober, sama ada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober.

“Jadi saudara boleh pergi ‘merayau’ seluruh Malaysia, tapi ingat (untuk patuh) SOP,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Muhyiddin, isu pembukaan sempadan sudah dikemukakan kepada Menteri terlibat yang turut bersama dalam Mesyuarat MPN dipengerusikan beliau dan ia sedang dalam dipertimbangkan.

“Soal isu pembukaan sempadan, saya bangkitkan tadi dan ada respons.

“Ia sedang diperhalusi oleh menteri-menteri terlibat (dan) akan dibincang minggu ini juga untuk menentukan apakah kewajaran agar semapan dibuka, untuk membolehkan orang kita ke luar negara,” katanya lagi.

Jelasnya, keputusan berkenaan perkara itu akan membawa kesan besar kepada pemulihan negara, antaranya dengan kemasukan pelancong, pekerja dan pelabur luar negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengulang semula kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berhubung kebenaran perjalanan rentas negeri selepas kadar vaksinasi melepasi 90 peratus.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan mesyuarat hari ini setuju untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang akan berperanan melaksanakan keputusan yang dibuat oleh MPN.

Majlis itu akan dipengerusikan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Dengan penubuhan majlis itu, katanya lagi, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah sedia ada akan menjadi “mekanisme pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemulihan negara di peringkat daerah”.

“Cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri dan mekanisme yang berkaitan akan dikemukakan kepada PM dan Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan.

Antara perkara lain yang dibincangkan adalah persediaan pembukaan semula sekolah dan institusi pengajian tinggi, katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin pertama kali mempengerusikan Mesyuarat MPN selepas dilantik menduduki jawatan itu, tidak lama selepas meletakkan jawatan sebagai PM.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok