Boleh guna teknologi untuk berhubung, tak perlu ziarah, kata Mufti Pulau Pinang

May 12, 2021 · Isu semasa

Umat Islam digesa memanfaatkan kemajuan teknologi untuk berhubung antara satu sama lain semasa Hari Raya Aidilfitri dan mengelak daripada menziarahi ke rumah sanak saudara kerana dibimbangi akan menjadi punca penularan Covid-19, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Wan Salim berkata amalan untuk mengeratkan silaturahim ketika Hari Raya Aidilfitri tidak hanya terhad kepada amalan ziarah sahaja, sebaliknya boleh menggunakan teknologi yang canggih untuk berhubung antara satu sama lain semasa Hari Raya nanti.

“Kemajuan peralatan komunikasi dan teknologi maklumat zaman kini memudahkan ahli-ahli keluarga dan kenalan berhubung antara satu sama lain,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Jelasnya lagi, para ulama di negara-negara Asia Barat juga telah memfatwakan tanpa menziarahi ibu bapa dalam tempoh penularan wabak sekarang tidak dianggap menderhaka terhadap kedua-duanya.

“Malah, sebaliknya Islam tidak mengharuskan penganutnya mendedahkan diri sendiri, anak-anak dan anggota keluarga kepada bahaya termasuk jangkitan penyakit.

“Menziarah ibu bapa dan keluarga dalam suasana sebegini boleh menyebabkan penyakit berpindah kepada mereka,” katanya lagi.

Beliau juga berkata tindakan umat Islam melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) dan cuba merentas negeri yang dilaksanakan bagi mencegah Covid-19 juga berdosa dan menjadi satu jenayah syarak.

“Perlu diingatkan agama Islam amat prihatin terhadap kesihatan awam dan menggalakkan diambil langkah-langkah pencegahan sebagai cara paling berkesan dalam menyekat merebaknya sesuatu penyakit atau membatasinya dalam kawasan tertentu sahaja,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara susulan kebimbangan peningkatan jangkitan kes Covid-19 yang boleh mencetuskan krisis nasional kepada negara.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok