Boleh guna aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept untuk daftar derma organ

September 4, 2022 · Isu semasa

Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap 1 juta populasi menurut Global Observatory on Donation and Transplantation, lapor Bernama.

“Apabila mereka buat ikrar melalui MySejahtera maklumat itu terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Sekiranya berlaku kes kematian mana-mana hospital dan layak derma organ, ia akan keluar dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Khairy berkata bilangan pesakit yang masih menunggu untuk mendapatkan derma organ di Malaysia setakat hari ini adalah seramai 10,442 orang.

Namun, katanya hanya 2,700 kes transplantasi melibatkan pendermaan organ dijalankan sejak 1975.

“Berdasarkan statistik terkini pendermaan organ dari Pusat Sumber Transplan Nasional pada Julai 2022 menunjukkan terdapat sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997 manakala jumlah pengikrar penderma organ selepas kematian adalah seramai 517,758 orang sejak 1997,” katanya.

Mengulas mengenai pemakaian pelitup muka, Khairy berkata beliau akan membuat pengumuman berkenaan ketetapan baharu pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka dan KKM masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai mengenai perkara itu.

Sementara itu, beliau berkata tiga pendekatan perlu dilihat oleh KKM sebelum negara diumumkan beralih ke fasa Endemik termasuk pengisytiharan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, Khairy berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih terpakai di seluruh negara sehingga akhir Disember tahun ini di mana seluruh kawasan Malaysia isytiharkan sebagai kawasan penyakit berjangkit.

Pendekatan ketiga adalah indikator kesihatan yang perlu diperoleh daripada pakar epidemiologi dalam konteks COVID-19 yang masih lagi bermutasi.

Berita berkaitan
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023· Politik
Khairy sindir calon Ketua Pemuda UMNO, faham Armand kena jilat kuat untuk menang
February 14, 2023· Politik
UMNO Selangor tak nampak peluang KJ menang dalam PRN: Megat
February 11, 2023· Politik
Kertas putih perolehan vaksin, lagi satu kerja buang masa kerajaan campuran
February 8, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok