Boleh berbahas dan tanya soalan semasa sidang khas Parlimen

July 18, 2021 · Isu semasa

Ahli-Ahli Parlimen dibenarkan berbahas dan bertanya soalan semasa sidang khas Parlimen yang akan berlangsung selama lima hari nanti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin menjelaskan dakwaan kononnya kerajaan tidak membenarkan perbahasan semasa sidang khas berlangsung pada 26 Julai nanti sebagai tidak berasas, malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis sendiri sudah menghantar surat kepada Speaker bagi memberi ahli mesyuarat untuk membahaskan isu yang akan dibincangkan nanti.

“Secara pokoknya, saya nak sebutkan dengan jelas bahawa kebenaran daripada speaker untuk ahli Parlimen membahaskan dan mengemukakan soalan-soalan atas saranan perdana menteri.

“Dalam surat Perdana Menteri kepada speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan jelas meminta kebenaran supaya membenarkan ahli Parlimen membahaskan isu yang dibincangkan asalkan tidak melanggar tatacara berbahas serta tidak disekat oleh speaker.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita telus, ahli Parlimen boleh mengambil bahagian dan boleh memberi pandangan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya perkara ini dibincangkan di Dewan Rakyat,” katanya lapor portal hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis penyampaian Bakul Makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Terdapat tiga agenda yang ditetapkan semasa sidang khas nanti, iaitu pembentangan Proklamasi Darurat, pembentangan Proklamasi Darurat berkait pilihan raya kecil (PRK) Gerik dan PRK Bogaya di Sabah serta penerangan menteri-menteri berkaitan dengan Darurat dan Covid-19.

“Yang pertamanya, agendanya adalah membentangkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari lalu. Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan darurat di bawah proklamasi darurat akan dibentang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Agenda kedua kita akan bentangkan proklamasi darurat yang telah dibuat bagi PRK Gerik dan PRK Bogaya di Sabah, ini pun telah dibuat pada bulan Disember (tahun) lalu tapi belum bentang lagi.

“Agenda ketiga pula penerangan menteri-menteri berkaitan dengan masalah darurat dan Covid-19 yang berlaku ini. Jadi penerangan menteri juga berdasarkan peraturan mesyuarat 14(1) (i), bukan saja-saja, ia ada dalam standing order,” katanya.

Jelasnya, sidang parlimen yang diumumkan bermula 26 Julai hingga 2 Ogos merupakan sidang khas Dewan Rakyat.

Pada 15 Julai lalu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun berkata sesi penuh sidang Parlimen hanya akan bermula pada 6 September.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok