BOD 1MDB mesyuarat di London bicang tambah dana RM1 bilion: Saksi

May 10, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion, usaha sama 1MDB-PetroSaudi menerusi Perjanjian Pembiayaan Murabaha.

Bekas Setiausaha syarikat 1MDB Goh Gaik Kim, 54, yang turut menghadiri mesyuarat itu bersama Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; Tan Sri Ismee Ismail; Jasmine Loo Ai Swan; dan Ashvin Jethanand, berkata rancangan untuk mengadakan mesyuarat di Hotel Hilton, London dibuat oleh pihak pengurusan 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB, lapor Bernama.

Wanita itu yang dirujuk dengan minit mesyuarat bertarikh 16 Mei 2011 berkata sebelum mesyuarat itu bermula Jasmine Loo yang merupakan peguam 1MDB, telah menyerahkan tiga set dokumen kepadanya untuk simpanan iaitu Resolusi Ahli Lembaga Pengarah, Resolusi Pemegang Saham Biasa dan Resolusi Pemegang Saham Keutamaan.

“Dokumen-dokumen ini adalah berkaitan dengan pelaburan tambahan RM1 bilion di bawah Perjanjian Pembiayaan Murabaha dengan 1MDB-PetroSaudi. Kesemua dokumen ini telah siap ditandatangani oleh semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan Datuk Seri Najib. Bagaimanapun, perkara ini (dokumen tersebut) tidak dibincangkan semasa mesyuarat berkenaan,” katanya.

Di dalam mesyuarat tersebut, saksi berkata terdapat beberapa perkara penting yang dibincangkan termasuk pembentangan yang dibuat oleh Jasmine Loo mengenai Perjanjian Pembiayaan Murabaha.

Goh yang kini merupakan Setiausaha syarikat TRX City Sdn Bhd berkata pada keesokan hari selepas mesyuarat tersebut beliau pulang ke Malaysia.

“Saya ada menerima jadual lawatan tersebut. Seingat saya, terdapat beberapa events yang diadakan sebelum atau selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, tetapi saya hanya menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sahaja,” kata Goh yang mula berkhidmat sebagai Setiausaha syarikat 1MDB pada 31 Mac 2011 sebelum berhenti pada 1 April 2016.

Pada prosiding 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral memberitahu mahkamah bahawa pada 2011, Najib telah meluluskan dana tambahan RM1 bilion dalam perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
12 jam lalu· Politik
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok