BNM sukar elak kenaikan OPR kata penganalisis

October 25, 2022 · Isu semasa

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bulan depan dilihat sukar untuk dielakkan apabila bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed) berkemungkinan besar menaikkan lagi kadar faedah di AS sekali gus memberi tekanan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melakukan tindakan serupa, lapor Berita Harian.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata sekiranya Fed terus menaikkan faedah lagi pada bulan November dan Disember tahun ini seperti yang diunjurkan iaitu sebanyak 0.75 peratus setiap bulan maka ia akan memberikan tekanan kepada BNM untuk merapatkan jurang dengan bank pusat AS itu.

Aimi berkata Fed dijangka terus menaikkan kadar faedah sehingga tahun depan apabila kadar inflasi setiap bulan dapat diturunkan daripada 8.0 peratus ketika kepada hanya 2.0 peratus yang menjadi sasaran Fed.

Sementara penganalisis ekonomi bebas, Samirul Ariff berkata sekiranya OPR tidak dinaikkan maka julat perbezaan antara pulangan daripada hasil kadar faedah di AS dan pasaran kewangan tempatan akan semakin melebar, yang seterusnya akan menggalakkan aliran keluar dana (terutamanya Dana Portfolio) dari pasaran negara sedang pesat membangun, termasuk Malaysia.

“Tumpuan utama Fed adalah meredakan inflasi di AS sehingga mereka sanggup melihat kadar pengangguran setinggi 7.5 peratus untuk mencapai kadar inflasi di bawah 2.0 peratus.

“Saya menduga bahawa Fed akan terus menaikkan kadar faedah di AS sehingga mencapai 4.5 hingga 4.75 peratus pada tahun 2023 yang menjadi sebab utama dolar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang lain walaupun prestasi ringgit adalah lebih baik daripada purata kebanyakan mata wang Asia Timur pada 2022,” katanya.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya baru-baru ini berkata, BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok