BNM naikkan 25 mata asas OPR

July 6, 2022 · Isu semasa

Seperti dijangkakan, Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menaikan sekali lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat setelah mesyuarat dua hari Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM.

Susulan kenaikan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.

Kenaikan itu adalah yang kedua berturut-turut tahun ini selepas kali pertama OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus pada mesyuarat terakhirnya Mei lalu.

Menurut BNM kegiatan ekonomi di Malaysia terus meningkat pada bulan-bulan kebelakangan ini.

Kenyataan itu juga menjelaskan penunjuk eksport dan perbelanjaan runcit mengesahkan momentum pertumbuhan yang positif, disokong oleh peralihan ke fasa endemik.

“Dalam pasaran pekerja, kadar pengangguran terus menurun dengan penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang bertambah baik.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi akan disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh meskipun permintaan luaran dijangka sederhana disebabkan rintangan yang dihadapi oleh pertumbuhan global.

“Selain itu, pembukaan sempadan antarabangsa sejak 1 April 2022 akan menyokong pemulihan sektor berkaitan pelancongan. Aktiviti dan prospek pelaburan terus disokong oleh pelaksanaan projek berbilang tahun,” kata bank pusat itu lagi.

BNM bagaimanapun menegaskan bahawa risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan dan gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk.

Ia berkata, sejak awal tahun sehingga kini, purata inflasi keseluruhan adalah pada paras 2.4 peratus.

Walaupun purata itu dijangka kekal dalam julat unjuran tahun ini iaitu 2.2 peratus hingga 3.2 peratus, BNM berkata inflasi keseluruhan mungkin lebih tinggi pada sesetengah bulan disebabkan, terutamanya oleh kesan asas daripada harga elektrik.

“Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka berpurata antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2022 apabila permintaan terus bertambah baik dalam keadaan kos yang tinggi.

“Namun, kesan tekanan inflasi menjadi lebih tinggi sebahagiannya akan terus dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi bahan api dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

“Prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang disebabkan terutamanya oleh konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri,” katanya.

Berikutan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif, MPC membuat keputusan untuk melakukan pelarasan selanjutnya terhadap tahap akomodasi monetari.

Menurut BNM keputusan itu konsisten dengan pandangan MPC bahawa keadaan yang pertama kali berlaku ini sehingga memerlukan penetapan kadar OPR terendah yang pernah dicatatkan, kini semakin reda.

“Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. MPC akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya.

Di peringkat antarabangsa, BNM berkata pembukaan semula ekonomi global dan keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi.

Namun, katanya faktor-faktor ini sebahagiannya diimbangi oleh kesan tekanan kos yang semakin meningkat, konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

“Tekanan inflasi terus meningkat disebabkan terutama oleh harga komoditi yang tinggi dan keadaan permintaan yang kukuh, meskipun keadaan rantaian bekalan global sedikit reda.

“Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat,” kata bank pusat itu.

Sebelum ini, Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank Suhaimi Ilias menjangkakan OPR akan dinaikkan berikutan proses dasar monetari akomodatif BNM yang bermula dengan kenaikan 25 bps pada Mei.

Beliau menjangka BNM akan mengumumkan 25 mata asas dalam mesyuarat MPC minggu ini dan 25 mata asas lagi menjelang suku keempat 2022 serta 50 mata asas lagi pada separuh pertama 2023.

Bayaran bulanan pinjaman naik jika BNM tingkatkan OPR minggu ini

Berita berkaitan
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
11 jam lalu· Isu semasa
Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan
February 2, 2023· Isu semasa
Firma pasaran ramal OPR naik lagi kepada 3.00 peratus
January 18, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
11 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
16 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
17 jam lalu · Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok