BNM dijangka naikkan 25 mata asas OPR ketika nilai ringgit terus jatuh

November 1, 2022 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengetatkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak suku mata untuk kali keempat berturut-turut pada Khamis ini (3 November), berikutan risiko kenaikan berterusan inflasi dan bagi menyokong ringgit yang semakin lemah, lapor Reuters dalam satu tinjauan pendapat.

Bank pusat mula menaikkan kadar pada Mei, walaupun inflasi berada dalam julat sasaran 2 hingga 3 peratus. Sejak itu ia telah menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas (bps) untuk mengawal inflasi.

Pada September, inflasi jatuh sedikit kepada 4.5 peratus, daripada 4.7 peratus pada Ogos, tetapi permintaan domestik yang teguh dan bajet akomodatif menimbulkan risiko, dan pakar ekonomi berkata inflasi teras tinggi sepanjang masa pada September menunjukkan bahawa ia kekal.

Semua kecuali dua daripada 27 ahli ekonomi dalam tinjauan pendapat pada 25 hingga 31 Oktober meramalkan bahawa BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, daripada 2.50 peratus, dalam mesyuarat pada Khamis.

“Langkah dasar fiskal pada 2023 masih tidak jelas,” kata Sanjay Mathur, Ketua Ekonomi ANZ di Asia Tenggara dan India.

“Selain itu, kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan 75 mata asas lagi pada November juga bertambah. Ini tidak memberi petanda baik untuk ringgit, terutamanya apabila rizab antarabangsa juga berada di landasan penurunan yang stabil.”

Mata wang tempatan telah jatuh sekitar 12 peratus tahun ini.

Ketika urus niaga dibuka pagi ini (Selasa, 1 November 2022), ringgit melanjutkan aliran menurunnya berbanding dolar AS, apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan Fed mengenai kadar faedah dan penurunan harga minyak.

Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7310 berbanding dolar AS, daripada penutupan Isnin pada 4.7260, mendekati paras terendah sepanjang masa.

Sebelum ini, nilai ringgit menjunam ke paras terendah dalam sejarah negara pada Jumaat (21 Oktober 2022) iaitu jatuh 110 mata asas kepada 4.7380 berbanding satu dolar AS.

Sementara itu, sua ahli ekonomi di Barclays dan UOB masing-masing menjangkakan BNM akan berhenti seketika dalam mesyuarat itu, memandangkan prospek global yang semakin lemah, dan untuk menilai kesan kenaikan terkumpul.

Hampir 90 peratus ahli ekonomi meramalkan bahawa BNM akan menaikkan OPR pada suku pertama 2023 (1S2023), termasuk dua pakar ekonomi yang meminta ‘masa rehat’ pada November, memberikan ramalan median sebanyak 3 peratus.

Sementara 13 daripada 18 meramal kenaikan 25 bps pada suku pertama 2023, tiga berkata 50 bps. Dua ahli ekonomi meramalkan tiada sebarang pergerakan.

Ramalan median menunjukkan bahawa OPR akan kekal pada 3 peratus sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan. Bagaimanapun, selepas suku pertama 2023, tujuh pakar ekonomi menjangkakan kadar itu akan naik pada satu ketika pada 2023.

“Memandangkan inflasi teras mendapat momentum, kami terus menjangka BNM akan menaikkan kadar dasar dalam mesyuarat berturut-turut (25 bps bagi setiap mesyuarat) hingga separuh pertama tahun depan, menjadikan OPR sehingga 3.5 peratus, daripada 2.5 peratus pada masa ini,” penganalisis di Goldman Sachs berkata.

“Evolusi dasar subsidi selepas pilihan raya kekal sebagai risiko utama. Peralihan yang lebih pantas kepada subsidi bahan api yang disasarkan mungkin membayangkan tekanan inflasi yang lebih tinggi, dan hasil dasar BNM yang lebih agresif daripada ramalan garis dasar kami.”

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022, pengembangan terpantas dalam setahun, kebanyakannya didorong oleh permintaan dalam negeri dan eksport yang berdaya tahan, walaupun momentum itu tidak mungkin dapat dikekalkan.

“Pertumbuhan ekonomi mungkin akan melemah dengan ketara pada suku akan datang, apabila rangsangan daripada pembukaan semula semakin pudar, dan permintaan luar yang lebih lemah mengheret eksport,” kata Gareth Leather, ahli ekonomi kanan Asia di Capital Economics.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukti akuan bersumpah boleh jadi asas untuk Agong lantik seorang PM, kata pakar
November 23, 2022· Politik
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok