BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina

February 6, 2023 · Isu semasa

Penganalisis dan pendakwah Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menjelaskan sikap sebahagian besar murid Cina tidak berminat dengan subjek Bahasa Melayu (BM), bukan perkara baharu, tetapi sudah lama berlaku.

Mengakui kebenaran laporan bahawa ‘murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak berminat untuk belajar BM’, beliau berkata orang Cina menganggap BM tidak penting untuk dipelajari.

Menggunakan kiasan ‘ultra kiasu’ terhadap kaum Cina yang ekstrem, khususnya dalam DAP dan MCA, beliau turut mencabar pihak yang membuat laporan polis terhadap akhbar berkenaan supaya mendakwa wartawan terbabit.

Sebelum ini, Presiden Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) Datuk Eddie Heng Hong Chai menuduh kumpulan akhbar NSTP mengelirukan orang ramai dalam artikel yang diterbitkan mengenai BM di sekolah vernakular seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata ultra kiasu itu membuat laporan polis pada 21 Januari lalu terhadap akhbar tersebut dan meminta polis menyiasat mengikut Akta Hasutan.

“Bagaimanapun, ultra kiasu itu menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mendakwa wartawan terbabit sebaliknya mengingatkan media berkaitan supaya menyedari keseriusan isu itu dan memperbetulkan artikel.

“Hebat sekali wayang ultra kiasu ini. Buat laporan polis, tetapi tidak mahu dakwa. Saya cabar, dakwalah, kalau kamu ada telur,” kata Ridhuan dalam kenyataan hari ini (6 Februari 2023).

Ridhuan Tee berkata laporan disiarkan akhbar berkenaan ternyata benar, dan sebahagian besar murid Cina tidak berminat dengan subjek bahasa kebangsaan ini.

“Bahasa Melayu tidak penting bagi mereka dan tidak menguntungkan. Saya tahulah sebab saya orang Cina. Isu BM dan SJKC acap kali saya bangkitkan, tetapi tidak ada tindakan. Kita asyik berpolitik

“Bukan sahaja murid SJKC tidak berminat dan menganggap ia tidak penting. Inilah juga pemikiran pemimpin dan keluarga ultra kiasu. Mereka menganggap bahasa Melayu tidak ada nilai, dan tidak berguna mempelajari bahasa Melayu.

“Sebab itulah mereka cukup menentang jika ada tindakan untuk seragam silibus bahasa Melayu di SK dan SJKC. Tahap BM darjah enam di SJKC sama seperti BM darjah tiga di SK.

“Tidak cukup dengan itu, ultra kiasu menentang sebarang penambahan waktu untuk pengajaran dan pembelajaran BM. Ultra kiasu juga menentang, guru BM yang tidak ada asas bahasa Cina. Pengajaran dan pembelajaran BM mesti gurunya adalah Cina juga. Jika ada guru BM, berbangsa Melayu, guru ini mesti ada asas bahasa Cina.

Begitulah liciknya ultra kiasu ini. Mereka begitu berani menentang dan mengugut kerajaan, sedangkan ini sekolah kerajaan, bantuaan penuh kerajaan, sepatutnya mereka tunduk kepada arahan kerajaan. Malang, ia tidak pernah berlaku,” jelas beliau lagi.

‘Bahasa Melayu nombor dua, bahasa Cina pertama’

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Keadaan banjir semakin buruk, ada kanak-kanak lemas dan jalan ditutup
March 2, 2023· Isu semasa
Atasi segera kemiskinan pembelajaran
February 20, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok