Blok pembangkang desak Anwar jadi TPM, DAP mahu berada dalam Kabinet?

August 20, 2021 · Isu semasa

Tindakan pemimpin blok pembangkang memberi tekanan dengan mempertikaikan syarat diletak Perikatan Nasional (PN) berhubung pencalonan Perdana Menteri (PM) baharu menimbulkan persoalan kemungkinan cubaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan DAP mahu berada dalam Kabinet.

Serangan oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Datuk Mahfuz Omar, Lim Kit Siang dan peguam pro-Pakatan Harapan (PH) Datuk Ambiga Sreenevasan mendedahkan komplot terancang untuk memberi tekanan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Istana Negara agar tunduk kepada desakan mereka, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhamamad Faiz Na’aman.

“Bagaikan terdapat suatu komplot yang senada antara pembangkang (terutamanya PH) dengan beberapa NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan penganalisa-penganalisa politik anti-PN serta kelompok Kluster Mahkamah untuk memberi tekanan kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan Istana Negara agar PM ke-9 nanti terpaksa akur menerima konsep kerajaan perpaduan, yakni tiada lagi pembangkang untuk proses semak imbang di parlimen.

“Apakah mereka mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim diselitkan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia?” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz mempersoalkan blok pembangkang yang tidak berpuas hati berhubung syarat yang diletak PN tersebut, walhal ia bukan menjadi satu kesalahan demi memastikan sebuah kerajaan yang telus dan berintegriti dapat dibentuk.

“Saya mahu tanya Ambiga dan Mahfuz di manakah salahnya isi kandungan syarat PN terhadap Datuk Seri Ismail Sabri itu?

“Apakah meminta bakal Perdana Menteri supaya memilih individu yang berintegriti menyertai kabinet itu salah?

“Adakah menyeru prinsip Raja Berperlembagaan itu tidak betul? Yang pasti tiada pun ayat berbaur ugutan terhadap tuan punya badan. Kenapa pula Ambiga dan Mahfuz yang “sentap”?” katanya lagi.

Jelas Faiz, istilah kerajaan perpaduan dan kabinet perang yang dicadangkan oleh pihak tertentu khususnya blok pembangkang tidak dinyatakan secara terang dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tahu akhir-akhir ini ada pihak yang melaungkan istilah kerajaan perpaduan dan kabinet perang. Sungguhpun ia tidaklah melanggar undang-undang negara namun konsep tersebut tidak pula ditulis secara terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kerana hanya prerogatif Perdana Menteri saja yang berhak menentukan jenis kerajaan atau kabinet yang mahu dibentuk selagi negara ini tidak berada di bawah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dan Parlimen pula masih boleh berfungsi,” ujarnya lagi.

Menurut Faiz lagi, tindakan blok pembangkang yang mendesak kerajaan perpaduan menonjolkan sikap munafik mereka memandangkan sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pernah mencadangkan perkara sama tetapi ditolak DAP dan rakan-rakan parti dalam PH.

“Jika benar mahu membantu pemulihan negara dari masalah wabak Covid-19 dan kesan ekonomi darinya, kenapa tidak memainkan peranan selaku wakil rakyat serta pembangkang yang membina?

“Kenapa dalam Parlimen dan dalam media semua usaha kerajaan dihentam belaka? Tetapi dalam waktu yang sama simpan pula niat untuk menyertai kerajaan PN atas nama kerajaan perpaduan. Ini opportunis dan munafik namanya,” ujarnya lagi.

Tumpuan massa hari ini terarah ke Istana Negara apabila Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berhubung pelantikan PM Malaysia Kesembilan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula jam 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menurut Bernama.

Tumpuan dijangka terarah kepada perbincangan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai PM pada 16 Ogos lalu.

Berita berkaitan
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
August 13, 2022· Isu semasa
Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson
August 12, 2022· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok