Biskut Hup Seng selamat untuk dimakan

October 24, 2021 · Isu semasa

Orang ramai kini tidak perlu ragu-ragu untuk makan biskut ‘lemak’ kegemaran ramai- Hup Seng kerana syarikat tersebut menjelaskan biskut keluarannya selamat untuk dimakan.

Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) yang mendakwa, terdapat unsur penyebab barah yang terkandung dalam biskut keluaran Hup Seng Perusahaan Makanan Sdn Bhd itu.

Bagaimanapun, syarikat biskut terkemuka itu menjelaskan, biskut cream cracker yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan dan telah memenuhi semua standard kualiti serta keselamatan makanan yang ditetapkan.

“Kami ingin memberitahu bahawa biskut cream cracker yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan dan sesuai dengan peraturan tempatan mengenai standard kualiti dan keselamatan makanan.

“Kami akan berikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam setiap siasatan mereka jika diperlukan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan kakitangan setia kami atas sokongan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

The South China Morning Post pada Isnin lalu melaporkan penemuan HKCC daripada 60 sampel biskut dan keropok yang dijual di Hong Kong – termasuk dari Hup Seng – mengandungi unsur penyebab barah seperti glisidol dan akrilamida.

“Kami percaya bahan cemar ini boleh dielakkan kerana menurut penemuan kami beberapa bahan dalam biskut ini adalah minyak sawit. Anda boleh meminimumkan bahan cemar sebanyak mungkin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HKCC, Gilly Wong Fung-han.

Badan pengguna itu juga mendapati sebanyak 40 peratus produk yang dianalisis mempunyai label nutrisi mengelirukan.

Mengulas isu tersebut, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu berkata siasatan awal mendapati premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.

Ia juga mengatakan Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.

Mengenai isu label pemakanan yang mengelirukan, bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM berkata garis panduan di Malaysia membenarkan syarikat menyatakan angka berdasarkan kiraan atau analisis, dan juga menyatakan jumlahnya dalam julat yang dibenarkan.

Berita berkaitan
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022· Isu semasa
Akta baharu larang aktiviti merokok, vape akan diperkenalkan: Khairy
February 17, 2022· Isu semasa
Kencing berdarah petanda penyakit kronik
December 5, 2021· Isu semasa
Melawan kanser payudara
November 27, 2021· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok