Bimbang diambil tindakan, KBS cadang FAM guna beberapa stadium semasa hujan

June 13, 2022 · Isu semasa

Kementerian Belia dan Sukan mencadangkan supaya Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan beberapa stadium bagi mengelakkan perlawanan terganggu apabila hujan seperti yang berlaku ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mencadangkan supaya permainan ditangguhkan seketika bagi membolehkan permukaan padang yang bertakung kembali normal namun ia diteruskan kerana mengikut jadual yang ditetapkan, lapor Bernama.

“Jadi nasihat saya kepada AFC dan FAM, mungkin kita boleh menggunakan beberapa stadium untuk perlawanan seperti ini kerana contohnya bagi perlawanan yang tidak melibatkan ramai penonton seperti Turkmenistan melawan Bangladesh boleh menggunakan Stadium Kuala Lumpur dan stadium-stadium lain.

“Sementara Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan untuk perlawanan yang melibatkan pasukan negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Faizin di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah air bertakung akibat hujan lebat selepas pelawanan antara Turkmenistan dan Bangladesh di stadium berkenaan, bagaimanapun telah disalirkan keluar melalui sistem perparitan yang berfungsi dengan baik.

Sabtu lepas, tular beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung di Stadium Nasional selepas hujan lebat yang mengakibatkan hampir sepenuhnya permukaan padang digenangi air.

Semalam, PSM menjelaskan tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan itu dan tindakan mengeluarkan air secara manual tidak sepatutnya dilakukan kerana venue tesebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal meminta semua pihak supaya terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dan tidak menuding jari kepada penjaga gol negara Mohd Farizal Marlias atas kekalahan 1-2 kepada Bahrain menerusi sepakan penalti oleh pemain gantian Abdulla Yusuf Helal pada penghujung perlawanan.

“Dalam permainan pasukan tentu ada yang melakukan kesilapan, ini semua adat pertandingan jadi kita rasa sedih dengan apa yang berlaku tetapi jangan terlalu menyalahkan orang kerana pada saya penjaga gol negara banyak jasa kepada kita.

“Beliau telah mendedikasikan hidup pada sukan dan perlawanan ini jadi tentu beliau tidak mahu gagal tetapi ia berlaku. Kita harap dapat belajar dari setiap kesilapan dan bukannya menuding jari maka kenanglah jasanya sebagai atlet,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
44 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
59 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
1 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok