Bilik di balai polis jadi mini disko, 4 anggota ditahan

July 21, 2021 · Isu semasa

Empat anggota polis termasuk seorang ketua balai (OCS) ditahan dalam serbuan parti liar oleh Bukit Aman di sebuah balai polis terletak di daerah Kajang, petang semalam.

Serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menahan empat wanita ketika leka menari dan berkaraoke di sebuah bilik khas dijadikan “mini disko” di balai berkenaan.

Serbuan dilakukan hasil maklumat awam itu menahan OCS berpangkat sub inspektor, dua koperal dan seorang koperal sokongan serta empat wanita berusia 21 hingga 37 tahun.

Turut ditemui dalam bilik berkenaan ialah minuman keras dan mereka dipercayai meminum air ketum di bilik terletak di tingkat dua itu.

Bilik itu dijadikan seperti disko yang lengkap dengan lampu khas sebelum polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon serta televisyen.

Mereka turut merampas lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Pengarah JIPS Bukit Aman Azri Ahmad yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan penahanan mereka dibuat berdasarkan maklumat salah laku yang jelas.

Katanya, tindakan mereka adalah menyalahi SOP Covid-19.

“Penahanan dibuat ke atas mereka selepas didapati perbuatan itu dengan jelas melanggar SOP.

“Sekiranya ada yang melanggar peraturan atau SOP, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Polis sedang melakukan siasatan lanjut terhadap kes itu termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok