Bilangan pesakit Covid-19 di MAEPS meningkat, situasi semakin genting

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 lalu.

Situasi dihadapi petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 semakin genting susulan bilangan pesakit yang semakin meningkat khususnya pesakit dalam kategori tiga.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata susulan peningkatan tersebut kemungkinan kapasiti katil akan ditambah kepada 1,000 memandangkan PKRC MAEPS hanya mempunyai 60 katil untuk kategori tiga tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS perlu menempatkan 757 pesakit kategori tiga.

Penambahan katil itu adalah bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras peningkatan bilangan pesakit Covid-19 terkini.

“Oleh yang demikian, pesakit dengan kategori tiga ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan unit rawatan rapi (ICU) sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan, manakala pesakit kategori satu dan dua yang stabil ditempatkan di Dewan DG.

“Bagaimanapun pihak PKRC cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini,” kata JKNS dalam kenyataan di akaun Facebook.

PKRC MAEPS juga berterima kasih dan menyambut baik saranan seorang pengguna Twitter berhubung proses kemasukan yang mengambil masa yang lama, dan akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

POPULAR
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiriJune 12, 2021
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19June 14, 2021
Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti KelantanJune 13, 2021
Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara, tangani Covid-19June 13, 2021
PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 OgosJune 13, 2021