Bilangan pelajar antarabangsa warga China terbesar di UTM tahun ini

February 3, 2023 · Isu semasa

Warga China mencatatkan bilangan pelajar antarabangsa terbesar yang berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun ini, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM Prof Dr Shamsul Sahibuddin.

Beliau berkata ia diikuti dengan pelajar dari Indonesia, Bangladesh, Mesir dan Nigeria, menurut laporan Bernama.

Katanya secara keseluruhan universiti itu mempunyai kira-kira 31,000 pelajar melibatkan Kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

“Daripada jumlah itu, 4,000 orang merupakan pelajar antarabangsa dengan jumlah yang paling ramai adalah dari China dan kebanyakan daripada mereka melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), selain jurusan teknologi, sains komputer dan juga pengurusan.

“Kampus UTM Johor Bahru menempatkan 21,000 pelajar dan Kampus UTM Kuala Lumpur pula 10,000 pelajar, manakala Kampus UTM Pagoh, Muar tiada pelajar kerana ia dijadikan sebagai pusat penyelidikan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat bersama Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail di Dewan Sultan Iskandar, UTM di sini.

Sementara itu, Shamsul berkata UTM cakna dengan keperluan dan kesejahteraan warga kampus termasuk pelajar daripada keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dengan melaksanakan beberapa program bertujuan meringankan beban sekali gus membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran masing-masing.

“Antara program yang dilaksanakan termasuk bakul makanan, menu RM3.50 serta gerobok rezeki di 11 kolej kediaman penuntut serta dua masjid di kedua-dua kampus di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

“Selain itu, UTM juga menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan ‘Menu Rahmah’ bagi meringankan lagi beban golongan tersebut,” tambahnya.

Berita berkaitan
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
March 20, 2023· Isu semasa
Bukan semua permohonan lesen bagi B40 akan ditanggung kerajaan: Loke
March 4, 2023· Isu semasa
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok