Bijak guna pengeluaran khas KWSP, elak pembaziran

April 16, 2022 · Isu semasa

Pola perbelanjaan umat Islam menyambut Aidilfitri tahun ini akan meningkat berikutan ramai yang akan pulang beraya di kampung selepas dua tahun negara berdepan pandemik Covid-19.

Bendahari Agung Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), T Saravanan, berkata mereka dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah, elak pembaziran dan menyediakan simpanan wang untuk kecemasan.

“Mereka pastinya mahu menyambut Aidilfitri dengan meriah bersama keluarga dan saudara mara dan sudah tentu mahu mahu membeli kuih, baju baru selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung.

“Paling utama dalam meraikan hari raya ini, jangan berhutang semata-mata membuat persiapan menyambut raya. Perkara ini boleh menyebabkan masalah pada kewangan. Kalau boleh sambutlah secara sederhana mengikut kemampuan perbelanjaan masing-masing.

“Dalam masa yang sama, harga barang juga meningkat bukan disebabkan masalah tempatan tetapi berpunca isu yang melanda dunia sekarang seperti peperangan Russia Dan Ukraine selain kenaikan caj pengangkutan antarabangsa yang tinggi,” katanya.

Ini ditambah kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam serta pesara kerajaan dijangka menambah kegembiraan masyarakat membuat persiapan.

Namun, ia bukan bererti masyarakat harus membelanjakan semua wang yang ada, sebaliknya perancangan awal dan rapi harus dibuat bagi mengelak timbul masalah kewangan selepas hari raya.

Justeru, dengan sumber kewangan yang ada dan terhad serta keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, perancangan dan persediaan untuk menghadapi hari mendatang perlu diutamakan.

Kegagalan membuat perancangan ketika berbelanja pada musim perayaan menyebabkan berlaku perbelanjaan melebihi tahap kemampuan.

Situasi ini amat membimbangkan kerana sering kali mendatangkan tekanan dalam kalangan masyarakat selepas musim perayaan akibat berdepan masalah kewangan.

Justeru, rakyat perlu merancang perbelanjaan dengan menyenaraikan setiap barangan yang hendak dibeli, bersesuaian dengan bajet dan sumber kewangan yang ada.

Selain itu, penggunaan kad kredit ketika berbelanja juga perlu dihadkan bagi memastikan jumlah perbelanjaan tidak melebihi kemampuan diri bagi mengelak dibelenggu hutang.

Paling utama, pembayaran segala pinjaman seperti pinjaman peribadi, kenderaan, perumahan dan segala bil utiliti perlu langsaikan mengikut waktu ditetapkan bagi mengelak berdepan beban hutang berganda.

Pembelian secara dalam talian yang sudah menjadi trend ketika ini juga wajar dikawal bagi mengelak pembaziran atau terlebih berbelanja.

Masyarakat juga perlu bijak berbelanja seperti tidak terpengaruh dengan promosi jualan murah, diskaun potongan harga dan harga runtuh yang sering ditawarkan menjelang perayaan.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
23 jam lalu· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
23 jam lalu· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
23 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok