Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan

June 8, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membezakan antara peranan seorang Menteri Besar dan Ketua Pengarah Pilihan Raya parti politik.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, beliau telah menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti sumpah jawatan ketika dilantik mentadbir negeri.

“Semasa saya menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya, saya akan berucap bagi pihak parti yang menunjukkan kebaikan parti.

“Ceramah Perdana Menteri semasa pilihan raya pun sakan juga, ada keluar perkataan yang tak sepatutnya, tapi saya tak ambil itu sebagai ucapan Perdana Menteri tapi (sebagai) Presiden Parti,” jelas beliau dalam sidang media di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Tidak adil kepadanya ujar Sanusi apabila dakwaan diambil berdasarkan ucapan beliau dalam parti politik dan dianggap ia sebagai ucapan Menteri Besar.

Jelas beliau, Perdana Menteri perlu bijak membezakan peranan dalam parti politik dan kerajaan kerana setiap seorang mempunyai pelbagai jawatan yang disandang.

Katanya lagi, beliau sebagai Menteri Besar masih menjaga adab sopan dan tatakelola dalam hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Saya ada hantar surat, ada permohonan, hadir semua mesyuarat itu fungsi Menteri Besar.

“Adapun ucapan-ucapan semasa kempen pilihan raya, itu fungsi sebagai pengarah pilihan raya,” ujar beliau.

Menteri Besar turut memberi kerjasama penuh terhadap siasatan pegawai polis berkaitan tuduhan beliau mendesak meminda perlembagaan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.

Berita berkaitan
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Gangguan terhadap peserta himpunan aman langgar Perlembagaan: HAKAM
September 19, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok