Bicara kes VLN terhadap Zahid ditangguh lagi, masih cuti sakit

September 1, 2021 · Isu semasa

Kes perbicaraan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) sekali lagi ditangguhkan Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini ke 28 September kerana masih bercuti sakit.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata berdasarkan sijil cuti sakit (MC) yang diserahkan oleh pihak pembelaan, Ahmad Zahid bercuti sakit sehingga 4 Sept ini.

Beliau berkata mahkamah mengambil maklum bahawa Dr Mohd Shahir Anuar dari Avisena Specialist Hospital di Shah Alam, yang merawat Ahmad Zahid, telah hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah bagi memberi penjelasan berkenaan keadaan kesihatan bekas timbalan perdana menteri itu.

“Berdasarkan kandungan MC secara prima facie, mahkamah menerima bahawasanya tertuduh tidak ‘fit to return duty’ (tidak sihat) sehingga 4 Sept.

“Mahkamah bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan tertuduh (yang hadir di mahkamah) dan mahkamah minta supaya komitmen tersebut akan berterusan pada hari-hari sambung bicara yang akan ditetapkan nanti,” katanya lapor Bernama.

Mahkamah menetapkan 28 Sept, 22 Okt, 18 hingga 19 Nov dan 20 hingga 24 Dis depan bagi menyambung perbicaraan kes Ahmad Zahid itu yang berdepan 40 pertuduhan rasuah.

“Mahkamah ingin memberi penekanan dan peringatan kepada semua pihak, kerana tarikh-tarikh yang dikemukakan telah dipersetujui semua pihak dan minta kerjasama pada tarikh tersebut, kes berjalan dan mana-mana penangguhan tidak akan dibenarkan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta agar semua tertuduh atau mana-mana pihak yang terlibat dalam prosiding mahkamah, mendapatkan sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.

“Kalau boleh, perlu MC daripada Kementerian Kesihatan iaitu sijil daripada (hospital) kerajaan. Ini adalah kerana Yang Arif sedia maklum ada MC daripada hospital swasta di bawahnya ada nota yang mengatakan MC ini tidak boleh digunakan untuk prosiding mahkamah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas komitmen Ahmad Zahid kerana hadir pada prosiding hari ini dan berharap komitmen itu akan berterusan.

Sebelum itu, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah mengenai keadaan terkini anak guamnya dan memohon supaya perbicaraan hari ini dan esok dilapangkan memandangkan tertuduh masih bercuti sakit sehingga 4 Sept.

Hamidi berkata walaupun hari ini anak guamnya masih bercuti sakit namun Ahmad Zahid tetap hadir ke mahkamah bagi menunjukkan komitmen terhadap perbicaraan yang sedang dihadapinya.

“Ahmad Zahid belum benar-benar sembuh. Jadi pendapat saya Yang Arif, permohonan daripada pihak pembelaan supaya kes tidak dijalankan pada hari ini dan kita tetapkan tarikh baharu kerana saya percaya, kehadiran orang kena tuduh (OKT) bukan bermaksud kehadiran fizikal sahaja, tetapi termasuk juga kehadiran mentalnya supaya dia bersedia,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
6 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
18 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
18 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
23 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok